Tuesday, March 5, 2019

Craving

Assalamualaikum w.b.t

Sejak tengok video ASMR kat youtube, ummi jadi teringin teramat sangat nak makan sushi. Bukan semua jenis sushi tapi just tobiko tu je.
Nilah yang buat ummi craving melampau
Krup krap krup krap bunyi tobiko ni bila kita kunyah. Ummi tak tahan betul kalau dengar bunyi rangup krap krap tu. Ngences! For sure ummi tak lalu mana makan makanan mentah but tobiko ummi cam susah nak tolak. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯ krup krup krappp. Aduihhhhhh, cravingnya!

Selalunya ummi akan beli sushi di mydin dan giant. Takde makna de nak selalu. Hihi. Kalau kebetulan pergi sana je. Kalau mydin seremban 2 ada sushi tapi mydin taman rinting ni takdelah pulak. Kebetulan haritu abi terperasan giant ada jual sushi, hilang jugalah kempunan nak makan. Masalahnya nak ke plentong selalu sangat memang idokle. Jauh kakloh semata-mata nak beli sebekas sushi.

Sushi king? Hurm, ummi rasa belum ada keberanian nak masuk. 1 sebab status halal yang pernah jadi kontroversi. Katanya dah dapat masa tahun 2016 tapi wallahualam sebab rata-rata ummi tengok belum pernah nampak lagi diorang gantung sijil halal. Tunggu abi siasat dulu halal ke tak, kalau halal baru ummi on. 1 sebab lagi HARGA πŸ˜‚ tunggulah ummi kayo baru kita pakat pergi ramai-ramai. Takat celah tek gigi je takpelah. Kita beli di pasaraya je. Hahahahahaha.
Berair mulut ummi
Next time kalau abi bawak ummi lagi pergi giant, ummi ingat ummi nak beli loose jelah. Takmo dah set. Takpelah mahal sikit. Janji semuanya tobiko. Hahahahahaahahahahahahahahahahahaha. Gila dah ummi ni 😝

Rasa tobiko ni macam masin-masin gitu je. Takde special mana pun. Special la juga, special kat krup krap tu. Aduih!

kiss the cook by makteh 

Sunday, March 3, 2019

Udang Sambal Simple

Assalamualaikum w.b.t

Untuk mudahkan ummi buat kerja memasak, kebanyakkannya ummi dah siapkan awal-awal lagi sesetengah bahan yang cerewet. Contoh harini sambal udang simple. Simple tu sebabnya ummi dah buat stok paste cili kering tu dan udang pun dah siap siang semua, tinggal defrost dan terus masak je. Easy!

Siapa cakap surirumah duduk rumah rilek je. No no no. Yang duduk relax depan tb tu of course bukan ummi ya. Banyak tugas perlu dibuat dan kena jugak tau set timer untuk settle semua sebelum abi dan Mujahid balik rumah. Kalau hari cuti ummi lupa nak off alarm tu, abi la tukang off semua alarm dan tiba hari kerja ummi tak cek phone untuk on balik memang masaklaaaaaaa!

Lepas jejaka-jejaka ni sampai dan dah ade kat rumah barulah wujud istilah relax tu. Sebab masa nilah tak kira umah dah tongkang pecah ke apa, memang kena berhenti buat kerja. FAMILY TIME!
Ni sebahagian je,kalau scroll kat bawah tu ada lagi alarm.
Salah satu punca kemarahan abi bila hari cuti
😝😝😝😝😝
Ade ummi kesaaaaah?
Jom Menyambal...

SAMBAL UDANG SIMPLE
  • 10 ekor udang (ummi dan abi sorang 5 ekor 😁)
  • 1 senduk cili paste (resipi kat bawah)
  • 1 asam keping
  • 4 sb gula
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
CARA-CARA
  1. Basuh udang sebersihnya. Ummi hanya buang belalai dan muncung dia je.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  3. Masukkan pes cili dan tumis sampai pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping, gula, daun limau purut dan garam secukupnya. Kalau nampak kering tambah air sikit dan tumis lagi sampai semuanya sebati.
  5. Masukkan udang dan gaul sampai masak. Tak perlu lama sangat.
  6. Siap dihidang.
Makan Nasi Panas
PES CILI KERING
Tahan 1 minggu
  • 1/2 blender cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 7 biji bawang putih
  • Air secukupnya
CARA-CARA
  1. Satukan semuanya dan blender sampai lumat.
  2. Masukkan dalam bekas bertutup.
  3. Simpan dalam peti sejuk bahagian bawah je.
Sambal ni bagi ummi basic je. Udang tu boleh tukar dengan seafood yang lain even ayam pun boleh. Cuma kalau ikan dan ayam ummi akan goreng dulu. Lagi menyengat tau.

Masakan sambal ni adalah menu kedua ummi belajar dengan wan masa kecik dulu (darjah 5 lepas arwah abah meninggal). Masakan pertama ummi belajar masak lemak cili api. Cuma sekarang ni ummi banyak skip cara wan dan ejas ikut tekak ummi. Kalau betul-betul ikut cara wan, memang lambatlah ummi siap sebab cara wan masak guna api kecik. Ummi tak kose eh..hahaha.. Takpelah derhaka sikit kan, gemuk jugak menantu wan ni haaa.

Kalau sentiasa nak cepat macam ummi ni kan, lepas shopping lauk tu, awak sianglah awal-awal. Bersihkan, basuh, buang perut semua pastu simpan dalam bekas. 1 hari punya lauk, simpan dalam bekas. Kiranya 1 bekas tu untuk sekali masak je. Senang sangat-sangat. Kalau nak masak baru nak siang ikan memang lecehlah.

Pagi tadi ummi goreng ikan kerisi style mak awa. Saje terai kan. Tak sangka pulak abi ingat mak awa yang kirim ikan kerisi masa melawat cik paih haritu. πŸ˜‚ Hihi.. Seee, nampaknya abi pun dah payah nak beza masakan ummi dengan mak awa. Patutlah ummi makin mengembang je. Kembang tak kempis bila kena pujiπŸ˜…Takpelah berpeluh sikit bila kena shopping lauk sorang-sorang kan. Beronok-ronok bila dapat feedback macam ni.Hahaha.

Habis bakul pecah-pecah sebab ummi tak daya nak angkat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

kiss the cook by makteh 

Monday, February 25, 2019

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa harini ummi tak sempat nak update blog. Pukul 3.30 pagi baru teringat. Ummi kesegaran sekarang ni sebab tadi lepas magrib ummi dah tido. Mujahid demam. Badan tak panas cuma selsema dan dah start batuk. Risau pulak ummi nak sambung tido. Takut Mujahid batuk nanti ummi tak sedar. Memang macam nilah rutin ummi tiap kali musim demam. Harapnya abi dan ummi kekal sihat Insyaallah. Amin 😊

Alhamdulillah, ummi berjaya siapkan kuih cara dengan cepat setelah membeli 1 lagi acuan kuih cara. Dulu ummi ada 1 je konon nak buat suka-suka sekali haaa ada pula yang menempah, masak ummi kena berjam-jam kat dapur. Berapa kali melecur dah tangan ummi ni. Nak tolak rezeki sayang pula, baik buat aje slow-slow kan. Alhamdulillah, rezeki Allah memang tak pernah salah alamat buat hambanya. Bersyukur sangat-sangat. Daripada dulu ummi hanya suka-suka,❤ sekarang rasa tak boleh pula kalau tak berniaga.  Wan plak kalau tiap kali call mesti tanya "buat kuih apa harini?" πŸ˜…

KUIH CARA MANIS
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen pandan
  • 1 sk pewarna hijau
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir secukupnya (untuk filling)
  • Minyak masak
CARA-CARA 
  1. Panaskan acuan kuih cara. Guna api kecil sahaja ya.
  2. Satukan semua bahan kedalam mangkuk dan kacau sebati guna whisk.
  3. Tuang adunan ke dalam blender dan blend/kisar sampai adunan halus.
  4. Tapiskan kedalam jug. Kacau selalu supaya tepung tak mendap.
  5. Bila acuan dah panas, sapukan minyak masak dalam acuan. Ummi guna garfu pastu seret sekeliling acuan.
  6. Tuang adunan dalam acuan. Biarkan sekejap beberapa saat. Tunggu lapisan luar mengeras sikit.
  7. Letakkan 1/4 sudu gula di setiap kuih. Jangan banyak sangat nanti kuih pecah. 1/4 gula ni dah sedang elok je.
  8. Tutup rapat acuan dengan penutup dan biarkan kuih masak sepenuhnya. Lebih kurang 7 minit macam tulah. Agak-agak jelah ya, sekali sekala bukak tutup dan tengoklah dah masak ke belum. Ummi guna tudung periuk je. 😊
  9. Bila kuih dah masak, keluar kan dari acuan dan kapitkan 2 biji kuih.
  10. Ulang proses sampai adunan habis.
  11. Makan!
Ada macam-macam bentuk tapi ummi suka yang macam telur tu sebab senang nak keluarkan kuih dari acuan
Resipi ni sangat-sangat senang, sangat jimat masa dari segi penyediaannya. Kuih kampung ni memang semuanya mudah belaka tapi rasanya sangat menyelerakan. Pertama kali ummi buat kuih ni, Mujahid dan abi beriya tau makan. Kembang ummi πŸ˜‹

kiss the cook by makteh

Wednesday, February 20, 2019

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum w.b.t

Mood nak balik kampung berkobar-kobar. Rasa tak sabar nak jumpa wan kat kampung dan tak sabar juga nak tengok rumah baru! Rindu sangat.

So, ummi sangat-sangatlah malas nak ajak abi pergi shopping barang dapur sebab takde feel nak memasak. Hati ni macam ditarik-tarik suruh balik cepat namun apakan daya, hari jumaat pagi baru boleh bertolak. Plan ummi nak balik esok lepas jemput Mujahid, abi pulak ada kelas malam takde sapa boleh ganti. Terpaksalah bersabar...

Hurm, semalam kan dah dapat Mcd, chill la sikit ummi ni pun. Nak chill macam mana, teringat kes terbuang apple pie semalam. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯Harini pun tak boleh nak chill juga. Rasa sunyi, sedih, jauh, sepi, murung pun ada. Mungkin ummi tak jaga elok-elok hubungan yang dengan Allah tu yang ummi rasa macam tu. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ni ya Allah. Berilah ketenangan pada ummi semula. Sedihnya ummi...

Ummi cuba busykan diri dengan kerja-kerja rumah terutamanya memasak. Walaupun ringkas tapi dapatlah juga ummi hilangkan sekejap perasaan yang tengah menghurung ni sampai abi balik. Abi balik, Mujahid balik barulah ummi rasa lega sikit ada teman. Alhamdulillah ummi semakin ok menjelang maghrib. Bagus sebenarnya perasaan ni, boleh ummi muhasabah diri dan peringatan juga buat ummi. Dan mungkin juga perasaan ummi je yang suka sangat fikir bukan-bukan. Doakan ummi tenang ya.

Jom tengok resepi. Kalau rasa tengah murung-murung macam ummi boleh masak ni. Sekejap je siap. Yang tak murung pun boleh buat.

NASI GORENG BELACAN
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili api (ummi suka tau pedas)
  • 1/2 ibu jari belacan
  • Sayur campur (kalau takde pun takpe)
  • Nasi (Ummi masak nasi 2 pot)
  • Garam secukup rasa
CARA-CARA
  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan sampai hancur. Hancur je tau bukan lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk sampai garing sikit dan harum semerbak belacan. Perasakan dengan garam.
  3. Masukkan sayur campur. Kacau sekejap supaya garam sebati dengan bahan tumbuk.
  4. Masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumbuk tu meresap ke semua butiran nasi. Matikan api.
  5. Hidanglah pastu makan. Bismillah jangan lupa.
Ada lagi bawah saji, jemput kerumah kalau nak rasa
Love you all. Ummi suka masak. Ummi minat masak. Tapi bila ummi malas, takde mood ke apa nasi gorenglah penyelesaiannya. πŸ˜…

Babai

kiss the cook by makteh