Wednesday, February 20, 2019

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum w.b.t

Mood nak balik kampung berkobar-kobar. Rasa tak sabar nak jumpa wan kat kampung dan tak sabar juga nak tengok rumah baru! Rindu sangat.

So, ummi sangat-sangatlah malas nak ajak abi pergi shopping barang dapur sebab takde feel nak memasak. Hati ni macam ditarik-tarik suruh balik cepat namun apakan daya, hari jumaat pagi baru boleh bertolak. Plan ummi nak balik esok lepas jemput Mujahid, abi pulak ada kelas malam takde sapa boleh ganti. Terpaksalah bersabar...

Hurm, semalam kan dah dapat Mcd, chill la sikit ummi ni pun. Nak chill macam mana, teringat kes terbuang apple pie semalam. 😥😥😥Harini pun tak boleh nak chill juga. Rasa sunyi, sedih, jauh, sepi, murung pun ada. Mungkin ummi tak jaga elok-elok hubungan yang dengan Allah tu yang ummi rasa macam tu. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ni ya Allah. Berilah ketenangan pada ummi semula. Sedihnya ummi...

Ummi cuba busykan diri dengan kerja-kerja rumah terutamanya memasak. Walaupun ringkas tapi dapatlah juga ummi hilangkan sekejap perasaan yang tengah menghurung ni sampai abi balik. Abi balik, Mujahid balik barulah ummi rasa lega sikit ada teman. Alhamdulillah ummi semakin ok menjelang maghrib. Bagus sebenarnya perasaan ni, boleh ummi muhasabah diri dan peringatan juga buat ummi. Dan mungkin juga perasaan ummi je yang suka sangat fikir bukan-bukan. Doakan ummi tenang ya.

Jom tengok resepi. Kalau rasa tengah murung-murung macam ummi boleh masak ni. Sekejap je siap. Yang tak murung pun boleh buat.

NASI GORENG BELACAN
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili api (ummi suka tau pedas)
  • 1/2 ibu jari belacan
  • Sayur campur (kalau takde pun takpe)
  • Nasi (Ummi masak nasi 2 pot)
  • Garam secukup rasa
CARA-CARA
  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan sampai hancur. Hancur je tau bukan lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk sampai garing sikit dan harum semerbak belacan. Perasakan dengan garam.
  3. Masukkan sayur campur. Kacau sekejap supaya garam sebati dengan bahan tumbuk.
  4. Masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumbuk tu meresap ke semua butiran nasi. Matikan api.
  5. Hidanglah pastu makan. Bismillah jangan lupa.
Ada lagi bawah saji, jemput kerumah kalau nak rasa
Love you all. Ummi suka masak. Ummi minat masak. Tapi bila ummi malas, takde mood ke apa nasi gorenglah penyelesaiannya. 😅

Babai

kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment