Monday, February 25, 2019

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa harini ummi tak sempat nak update blog. Pukul 3.30 pagi baru teringat. Ummi kesegaran sekarang ni sebab tadi lepas magrib ummi dah tido. Mujahid demam. Badan tak panas cuma selsema dan dah start batuk. Risau pulak ummi nak sambung tido. Takut Mujahid batuk nanti ummi tak sedar. Memang macam nilah rutin ummi tiap kali musim demam. Harapnya abi dan ummi kekal sihat Insyaallah. Amin 😊

Alhamdulillah, ummi berjaya siapkan kuih cara dengan cepat setelah membeli 1 lagi acuan kuih cara. Dulu ummi ada 1 je konon nak buat suka-suka sekali haaa ada pula yang menempah, masak ummi kena berjam-jam kat dapur. Berapa kali melecur dah tangan ummi ni. Nak tolak rezeki sayang pula, baik buat aje slow-slow kan. Alhamdulillah, rezeki Allah memang tak pernah salah alamat buat hambanya. Bersyukur sangat-sangat. Daripada dulu ummi hanya suka-suka,❤ sekarang rasa tak boleh pula kalau tak berniaga.  Wan plak kalau tiap kali call mesti tanya "buat kuih apa harini?" 😅

KUIH CARA MANIS
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen pandan
  • 1 sk pewarna hijau
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir secukupnya (untuk filling)
  • Minyak masak
CARA-CARA 
  1. Panaskan acuan kuih cara. Guna api kecil sahaja ya.
  2. Satukan semua bahan kedalam mangkuk dan kacau sebati guna whisk.
  3. Tuang adunan ke dalam blender dan blend/kisar sampai adunan halus.
  4. Tapiskan kedalam jug. Kacau selalu supaya tepung tak mendap.
  5. Bila acuan dah panas, sapukan minyak masak dalam acuan. Ummi guna garfu pastu seret sekeliling acuan.
  6. Tuang adunan dalam acuan. Biarkan sekejap beberapa saat. Tunggu lapisan luar mengeras sikit.
  7. Letakkan 1/4 sudu gula di setiap kuih. Jangan banyak sangat nanti kuih pecah. 1/4 gula ni dah sedang elok je.
  8. Tutup rapat acuan dengan penutup dan biarkan kuih masak sepenuhnya. Lebih kurang 7 minit macam tulah. Agak-agak jelah ya, sekali sekala bukak tutup dan tengoklah dah masak ke belum. Ummi guna tudung periuk je. 😊
  9. Bila kuih dah masak, keluar kan dari acuan dan kapitkan 2 biji kuih.
  10. Ulang proses sampai adunan habis.
  11. Makan!
Ada macam-macam bentuk tapi ummi suka yang macam telur tu sebab senang nak keluarkan kuih dari acuan
Resipi ni sangat-sangat senang, sangat jimat masa dari segi penyediaannya. Kuih kampung ni memang semuanya mudah belaka tapi rasanya sangat menyelerakan. Pertama kali ummi buat kuih ni, Mujahid dan abi beriya tau makan. Kembang ummi 😋

kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment