Monday, February 11, 2019

Kari Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Mujahid datang kejut ummi lagi, terus rasa segar mata ni. Alang-alang dah terjaga ni ummi nak share resipi kari ayam yang memang senang dan dijamin sedap. Hurmm, hapak pulak bantal busuk Mujahid nih.

Dulu ummi memang tak pandai langsung buat kari. Wan pun tak pernah buat kari. Seingat ummi la, memang tak pernah. Kalau masak asam pedas ke, lemak cili api ke pernahlah. Lagi-lagi masak kicap paling kerap jumpa😘. Rindulah pulak nak makan lauk wan masak.

Masa duduk rumah sewa dulu sekali sekala ummi cuba masak kari. Macam biasalah kompom tak kena kat tekak. Resipi kat google, tanya orang sana sini tapi tak pernah-pernah nak jadi. Jadi tu jadi cuma tak mencapai standard kari tu sendiri. Sampai satu tahap ummi anggap orang yang pandai masak kari ni macam king of kitchen dah. Ini serious tau, bukan main-main.
Kari Ayam
Rasa nak makan roti jala
KARI AYAM 
Taknak letak santan pun boleh ya
  • 1 biji bawang besar (saiz sedang)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sb serbuk kari (ummi guna babas)
  • 5 ketul ayam 
  • 1 biji kentang (belah 4)
  • 1 asam keping
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam
  • 4 sb santan (ummi guna kara)
  • 2 1/2 cawan air
CARA-CARA
  1. Tumbuk lumat bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti minyak ni agak-agaklah asal cukup untuk menumis.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga keperangan.
  4. Masukkan serbuk kari dan 1/2 cawan air. Tumis sampai naik bau dan air kering sikit.
  5. Masukkan ayam dan kentang. Gaul sebati sampai ayam kecut.
  6. Masukkan 2 cawan air, asam keping dan santan. Kacau perlahan.
  7. Biarkan reneh dan mendidih. Sekali sekala kacau supaya ayam dan kentang empuk.
  8. Bila kuah nampak pekat perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Matikan api dan siap dihidang.
Biar je menggelegak macam ni, kacau sekali sekala
Ummi jadi mahir buat kari ni selepas diselia dengan baik oleh mak mertua ummi. Panggil mak awa jelah ye, lebih mesra 😘. Mak awa bagi arahan je tapi semua ummi buat. Kat situlah ummi belajar caranya dengan betul. Lepas dah pandai tu, baru ummi ejas sikit-sikit supaya kena kat tekak ummi ni. Yang penting tiap kali ummi masak, abi mesti cakap bau sedap. Sapa tak suka kan bila kena puji, nak plak bab masakan.
Ummi guna jenis ni tak pedas. Mujahid boleh makan
Serbuk kari ni pun main peranan juga sebenarnya. Sebab ade sesetengah serbuk kari, warna dia macam kurang menarik buat ummi.  Ummi suka tekstur yang pekat sikit, kalau nak cicah apa-apa kuah dia melekat. Rasa dan aroma pun berbeza tau. Nampak macam sama je but honestly it's exactly different.
Antara rangkaian produk babas yang tak pernah mengecewakan 
Ummi kalau baca resipi je susah sikitlah nak paham. Kena praktikal sekali baru dapat. Kalau tengok orang buat je pun takpe dah, cepat je tangkap. Sekarang dah pandai, ummi rasa tak salah kalau ummi share resipi ni supaya ada manfaatnya kat orang lain. 

Kalau duduk rumah sewa sendiri macam ummi bujang dulu, boleh guna pakai resipi ni sebab bahannya tak banyak. Ummi guna 5 ketul ayam je. Ada paha, kepak tu kerat 2, bahagian tight  pastu kaki ayam 2 ketul(ummi kira 1 bahagian), cukuplah kan untuk abi dan ummi. Kalau awak sorang je ada, boleh anjak pegi dinner lauk ni. Kuah tu kalau ada lebih buatlah cicah roti, asal kenyang.Dulu ummi menyewa sorang masak sekali sehari je. 
Yang ni pun sedap tapi susah nak jumpa. Kalau kat kelantan belana
Kalau taknak guna santan pun boleh tau. Ummi letak sikitlah saja nak perabis stok santan belen buat kuih semalam.😅Jangan bimbang. Kari ni bukan macam masak lemak cili api yang kena kacau sentiasa, memang cukup senang. Sambil reneh tu boleh buat kerja lain basuh pinggan ke apa kan. Sambil-sambil orang kata.
Patutlah murah beli 5 percuma 1
Dah nak 2.30 pagi rupanya. 🤔


kiss the cook by makteh


No comments:

Post a Comment