Sunday, February 10, 2019

Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum w.b.t

Harini macam ada banyak masa pulak. Sambil buat cucur sambil ambil gambar. Selalu tak dan nak jadi camerawoman tapi harini banyak pulaklah peluang. Bil air bulan ni kompom naik sebab ummi kerap basuh tangan untuk snap gambar pastu sambung buat cucur pastu basuh balik ambik gambar lagi. Pastu dan pastu..haaa πŸ˜‡
Yang ni untuk sekolah Mujahid
Baru satu perenggan berat pulak mata ni. Malam tadi 3 kali Mujahid kejut ajak ummi tido dekat bilik dia. Biasa tak macam tu. Tahu-tahu je dah ada kat sebelah. Sedar-sedar tengok dah ada kat tengah. Malam tadi dia kejut dan tarik ummi kebilik dia. Ummi rasa kelakar tapi tak gelak masa tu. La ni baru rasa nak gelak. Haha. Loading..
Perisai ummi sebelum membawang. Terancam jugak ummi ni, tapi lagi teruk kena ancam kalau tak pakai
CUCUR IKAN BILIS
Ummi dapat 120 biji
  • 1 kg tepung
  • 3 senduk gula (senduk nasi ye)
  • 1 sk garam
  • Segenggam ikan bilis (tumbuk)
  • 3 biji bawang merah (belah 4 dan hiris nipis)
  • 3 biji kentang saiz sedang (sagat/dadu)
  • 2 sm rata yis (mauripan)
  • Air secukupnya
CARA-CARA
  1. Satukan tepung, gula, garam, ikan bilis, bawang merah dan yis. Gaul sebati.
  2. Masukkan air sikit-sikit dan kacau sebati. Adunan biar kental ya, bukan cair. Air tu agak-agak sahaja.
  3. Biarkan dalam 10-15 minit untuk yis mengembang.
  4. Bila dah kembang (adunan jadi ringan), masukkan kentang yang telah disagat/potong dadu.
  5. Gaul sebati.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena deep fried ya.
  7. Jemputkan cucur dalam kuali dan goreng sampai masak dan keperangan.
  8. Angkat dan toskan. 
Adunan tak cair, pekat dan kental
Adunan dah kembang baru masukkan kentang yang telah disagat. Ummi sagat je senang. Kalau rajin potong dadu-dadu. Kalau rajinlah

Bila pakai penyagat tu memang cepat tapi kena hati-hati. Jari ummi ni dah banyak kali eksiden. Pedih dan bisa sampai 2 hari. 2 hari jugaklah ummi tak buat kerja dapur sebab pedih.

Nak test minyak panas ke tak, goreng satu je dulu. Kalau minyak membuak macam ni maknanya minyak memang dah cukup panas dan boleh mula menggoreng
Cucur yang menjadi dia akan terapung sendiri. Golek-golek sikit biar masak sekata.
Ummi buat 1 kilo tepung. Banyak-banyak ni bukan untuk ummi ya, tapi untuk Mujahid dan kawan-kawan. Untuk ummi ada jugak tapi sikit jelah. Kalau nak buat sikit, bahagikan aje bahan-bahan ni kepada 3 bahagian, jangan pening jangan serabut okay.

Ikan bilis untuk cucur ni ummi sengaja tumbuk. Kalau letak sekor-sekor dalam tu nanti Mujahid tak nak makan. Kalau Mujahid dah tak suka, kawan-kawan dia lagilah kan. Dah semuanya sebaya πŸ˜…

Oh ye, sementara ummi tengah ingat ni, ummi kalau tulis satu entry ambik masa sari suntuk baru publishπŸ˜‚. Kentang tu memang kena masuk last sekali sebab kentang ni ada air. Untuk mengelak terlebih air tu yang ummi buat adunan tu kental sikit. Kalau buat cair jugak, alamatnya cair secair-cairnya adunan tu lepas masuk kentang. Dah tak boleh nak goreng. Lagi satu faktornya ummi taknak kentang ummi lembik tak bermaya. Hehe

Boleh buat experiment sendiri kalau nak tahu. 😘
Yang ni untuk ummi
 kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment