Wednesday, February 6, 2019

Kuih Lapis Tepung Gandum

Assalamualaikum w.b.t

Ummi ni bukan pandai sangat bab memasak kuih-muih. Bukan pandai sangat tapi memang tak pandai langsung sebenarnya. Kecik-kecik dulu kalau nak makan kuih, abah dengan wan beli je kat kedai. Sonang! Ade jugak buat sekali-sekala tapi biasanya beli je.

Ummi terasa nak sangat buat kuih lapis ni sebab selalu nampak kedai goreng pisang yang ummi dan abi selalu singgah tiap  petang tu jual. Rasa tertarik tengok bentuknya yang comel dan berlapis-lapis. Dia guna acuan lompang jadi bentuknya seragam je. Biasa kan orang buat dalam loyang, tapi dia guna lompang. Kreatif!

realitinya lebih nampak berlapis berbanding dalam gambar
Ummi  google je maka terjumpalah bermacam-macam jenis resipi. Ada yang guna tepung beras, campur pula dengan tepung jagung, tepung ubi pun ada juga. Tapi rumah ummi ni ada tepung gandum sahaja. Sebab tepung gandum paling murah kan, kalau tepung beras tu 500gm pun dan hampir RM2. Sebagai langkah berjimat dan taknak membazir, ummi pakai tepung gandum aje. Hasilnya? Tengok Mujahid makan aje cukuplah 😁. Berketul-ketul dia makan!

Sapa-sapa yang baru mula nak belajar buat kuih tu, elok sangatlah pakai resipi ni. Sangat mudah, sedap dan ummi sangat puas hati dengan hasilnya. Cuma geram sebab teknik gambar je tak berapa nak menjadi. Henpon biasa-biasa je maka hasil gambar pun biasa-biasa juga.

Resipi ni halal dikongsi tanpa perlu minta izin.

KUIH LAPIS TEPUNG GANDUM
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan pekat (ummi guna kara)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sk garam
  • Pewarna kegemaran
CARA-CARA 
  1. Panaskan kukusan.
  2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan.
  3. Kacau hingga sebati dan tidak berketul. Kisar guna blender untuk pastikan adunan betul-betul sebati.
  4. Tapis adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  5. 1 bahagian dikekalkan warna putih dan 1 bahagian lagi diletak pewarna kesukaan.
  6. Bila air kukusan dah mendidih, susun acuan lompang yang dah disapukan dengan sedikit minyak ke dalam kukusan.
  7. Sudukan adunan berwana putih dahulu dan kukus 3 minit atau sehingga lapisan putih mengeras.
  8. Sudukan pula adunan berwarna keatas lapisan putih tadi dan kukus lagi.
  9. Ulang proses sampai acuan lompang penuh. Kukus lagi dalam masa 10-15 minit untuk pastikan semua adunan masak sempurna.
  10. Bila dah masak, sejukkan dahulu barulah dikeluarkan dari acuan.
  11. Siap dihidang!
NOTE : ummi malas nak guna sudu, jadi ummi main tuang agak-agak je. Sebab tulah ummi punya lapisan tebal nipis. Jangan malas macam ummi ya. Lagi 1, rajin-rajinkan diri untuk lap air kat penutup kukusan tu.

kiss the cook by makteh

1 comment: