Thursday, February 7, 2019

Bebas Pampers, Ummi Lega

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya impian ummi dan abi nak berhentikan Mujahid dari pakai pampers tertunai bila Mujahid dengan sendirinya request nak berry dalam toilet. Kelakar sangat bila dia tak bagi ummi dan abi tengok dia masa tengah uk uk. Marah betul!

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Kalau balik kampung ummi rasa macam segan dengan adik beradik. Sebab Mujahid ni macam lambat sikit dari sepupu yang lain. Cuma part berjalan jelah Mujahid agak cepat bila 11 bulan dah boleh menapak sendiri. Kalau sepupu lain dah macam bertih jagung mulutnya, Mujahid pulak cakap bahasa alien. Kalau sepupu lain dah gagah berlari, Mujahid pula berada di belakang sekali terkedek-kedek.

buah hati ummi
Ummi dah latih Mujahid untuk pergi tandas sejak tahun lepas lagi sebab dah niat nak hantar Mujahid sekolah umur 4 tahun. So far part kencing dia dah 100% lulus. Ada jugakla dia terbabas sekali-sekala. Tapi masalahnya part berat ni. Kadang-kadang dia boleh tahan sampai 3 hari. Ummi ni kalau tengok dia tak membuang lebih 2 hari solusinya sarungkan pampers ajelah. Takut penyakit lain pulak yang datang kalau simpan lama-lama. Memang dia boleh tahan tapi ummi yang tak tahan bila tengok dia heret karung pampers suruh ummi pakaikan. Kalau dah heret benda tu kehulu-kehilir memang nak berry sangat-sangatlah. Tapi bila ummi angkat pergi toilet, macam kena sedut balik!

Ahad lepas Mujahid buat aktiviti mengheret lagi. Raya cina ni abi ada kat rumah jadinya ummi takdelah stress sangat nak melayan melalak dia tu. Benda yang dia tak dapat memang ending dengan menangis macam kena pukul! Padahal ummi jamah dia pun tak. Agaknya dia tengok ummi tak makan umpan, dengan rela hati masuk tandas dengan syarat ummi jangan tengok!

😆😆😆😆😆

Barulah Mujahid aktif masa main, nak berlari pun cergas je tengok. Kalau tak dia berpeluh-peluh pastu semua nak menangis. Semua serba tak kena! Walaupun cakap tak berapa nak clear dan lancar lagi macam budak sebaya lain, tapi ummi rasa bertuah sangat sebab Mujahid dah bantu ummi dan abi cut cost untuk pampers.

Sebagai surirumah sepenuh masa, ya memang ummi tak nafi yang ummi agak tertekan bila orang lain cuba beza-bezakan perkembangan anak ummi dengan ibubapa yang bekerja. Sesiapa yang terima nasib macam ummi ni ingat tau, jangan cepat melatah. Anak awak, awak tahu dia macam mana. Setiap budak memang tak sama. Apa-apa pun bersabarlah sebab awak memang ibubapa yang hebat.

kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment