Friday, February 8, 2019

Cucur Carrot a.k.a Lobak Merah

Assalamualaikum w.b.t

Cucur carrot ni ummi sebenarnya tak pernah terfikir pun nak buat. Tapi masa tu bahan dalam rumah ni sangat-sangatlah limited sebab ummi belum ajak abi pergi nyopping di kipmart. Ada carrot sebatang je ha dalam peti, fikir punya fikir ummi cuba try test jelah buat.

Tekstur cucur carrot ni sangat soft, ringan dan agak spongy bila dimakan panas-panas. Dicicah pulak dengan sos pencicah yang ummi buat sendiri. Lepas sebiji, sebiji lepastu sebiji lagi sampai tak ingat dah berapa kali ummi baham.

Masa goreng kalau nampak gemuk montel macam ni memang dijamin sedap 5 bintang
Dengan Mujahid dah repeat bape kali ntah cakap "nak nasi tak nak nasi tak nak nasi tak".. Ummi sampai naik bingit telinga dibuatnya. Nak masak nasi tak sempat dah, baik buat cucur je. Memang favourite Mujahid. Kalau tunggu nasi siap memang bernanahla telinga ummi nanti.

CUCUR CARROT
  • 1 batang carrot disagat halus (racik pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb yis/mauripan
  • 5 sb gula
  • 1 sk garam
  • Air secukupnya
CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan KECUALI air kedalam mangkuk.
  2. Masukkan air sikit demi sikit dan kacau sebati. Adunan hendaklah sedikit kental dan tidak cair.
  3. Biarkan seketika (lebih kurang 10 minit) untuk yis mengembang.
  4. Bila yis dah mengembang, adunan akan kelihatan likat dan berkilat licin.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, minyak banyak sikit ya sebab kena goreng deep fried.
  6. Jemputkan adunan dengan hujung-hujung jari dan goreng sehingga keperangan.
  7. Angkat, toskan dan siap dihidang.
Ada kawan ummi terkejut bila tengok ummi buat cucur carrot ni. 

"Haa, lobak? Boleh ke?"

Mestilah boleh, ummi dah cuba buat dah pun. Kalau siapa-siapa yang tak sempat nak shopping barang dapur macam ummi ni, boleh sangat guna resipi ni dan gantikan dengan apa sahaja bahan yang ada kat dapur tu. Tak cukup bahan tak bermakna tak boleh masak.
Cucur Carrot
Mujahid? Lepas ummi hidang siap depan mata dia, terus cakap "Nak fork!" 

Selesai...

kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment