Friday, February 15, 2019

Kuih Nona Manis Yang Mengada

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum buat kuih ni ummi dah berhari-hari duk riki resipinya kat tenet. Don't worry be happy memang berlambak-lambak resipi yang ada. Yang tak happynya, cara buat.

Ummi dengan keyakinan tinggi siap bangun awal lagi untuk prepare bahan membuat si nona ni. Well, everything going so smooth until proses mengukus. Ummi terus terang, ummi sangat-sangat kecewa dan sangat frust sebab tak jadi seperti kehendak ummi. Kalau rupa pun dah hodoh apa lagi rasa. Tak boleh telan bahagian hijau tu. Keras, padat pastu ada part yang tak cukup masak dan buat rasa kembang tekak bila nak telan. Penyudahnya masuk tong sampah. Kejam!

Si nona manis ummi dah tukar jadi nona mengada sebab ummi rasa menyampah sangat dengan kerenah nak buat dia. Bila kukus yang hijau tu tak cukup masak lagi tapi si putih tu dah melimpah-limpah keluar dari acuan. Sebelum kukus elok je dia membulat kat bahagian tengah. Siapa yang tak sakit hati. Berkotak-kotak santan ummi dah habiskan semata-mata si nona mengada. Banyak pembaziran ummi dah buat. Tu belum kira yang terjun masuk tong. Fed up sangat tau. Belum kira lagi punyalah payah nak keluarkan dari acuan!

Abi balik rumah tengok rumah bersepah, mana nak kemasnya dah sari suntuk dalam dapur mengerjakan nona. Alhamdulillah, abi tenang dan rilek je. Kalau abi marah pun ummi tak tahu nak respon apa sebabnya ummi terlalu penat nak bercakap, terlalu letih untuk semua tu. Ummi ingatkan nak rehat sekejap je sekali tak sedar langsung. Tahu-tahu je Mujahid dah sampai rumah. Abi yang jemput.

Setakat pencarian ummi kat blog masakan yang femes seperti kak ita masam manis, kak azie kitchen dan banyak lagi beberapa blog yang dah tak aktif pun ada, setakat ummi perhati takde sorang pun yang merungut macam ummi ni. Ummi ni mengeluh je kerjanya. Rasa segan pulak. Baca pengalaman diorang buat kuih ni happy je, santai je, ummi? Serabutnya lahai.

Ummi ni acah-acah surrender la konon, give up lah, menyampahlah bagai tapi harini ummi cuba jugak buat lagi. Haritu ummi buat 100% guna tepung gandum. Harini ummi try pakai 100% tepung beras. Ya allah, kalau haritu keras-keras dia pun masih kategori lembut lagi. Harini punya bukan setakat keras, hapak! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Stress mak.

1 adunan laju je masuk tong sampah macam tu je. Apalah dosaku ni. πŸ˜… Nak buat nona manis tapi yang jadi nona sado pulak. Cuma bezanya bahagian inti putih tu kalini menjadi. Terletak elok kat tengah. Ummi korek makan yang putih tu , yang hijau babai.

Lepas siap makan nasi, dah kenyang dan dah recharge balik tenaga, ummi menung-menung kejap. Apalah masalah ummi ni. Buat kuih yang rata-rata cakap senang pun ummi tak lepas. Sambil cuci pinggan sambil tu fikir. Sambil basuh kain fikir juga. Eh, tak boleh jadi ni. Kena buat juga sampai jadi. Last! Kalau tak jadi juga ummi redha jelah. Ada rezeki ummi buat lagi. Tak tahan nak buka kotak santan lagi πŸ˜₯. Silap ummi jugak suka sangat cedok resipi orang ni tapi cara buat ikut orang ni pastu pandai-pandai ikut kepala sendiri. Nak sangat jalan mudah.

Masa ummi berseorangan nilah ummi manfaatkan sebaiknya. Abi dan Mujahid pergi solat jumaat, peluang! Tak boleh buat depan abi, nanti ummi stress. Abi kan tak suka membazir, ummi pun tak suka juga tapi ummi lagi tak suka putus asa. Selagi tak dapat selagi tu nak cuba. Hati takkan puas bila tak dapat nak selesaikan masalah nona ni. Setiap resipi ummi teliti betul-betul. Tak nak dah ada kesilapan lagi, cukuplah membazir, cukuplah bersedekah ke tong sampah. Menderita tau.

Sebelum ummi buat, ummi tonton video ni dulu. Sangat-sangat membantu ummi. Boleh tekan link ni untuk terus tonton. Dah tengok video datang sini balik tau! Love you 😘 semoga orang yang buat video ni sentiasa diberkati sebab memudahkan ummi untuk lebih faham.

Alhamdulillah, ummi berjaya juga hasilkan. Hilang semua sakit-sakit reput tulang ummi. Segala kemarahan diganti dengan senyuman dan yang paling penting sama macam beli kat kedai. Rezeki hari jumaat yang terindah. Dan, si nona mendapat namanya semula, Nona Manis.
Ready untuk kukus!
Baca betul-betul resipi ummi bagi ni. Takpe lambat sikit buat, yang penting hasilnya berbaloi. Jangan tiru ummi yang kurang kesabaran ni. Hasilnya tulah, yang dalam tong sampah tu. Kalau buat kali pertama tak jadi, jangan salahkan resipi tapi salahkan diri sendiriπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tak penyabar. Jadi, baca elok-elok, fahamkan betul-betul. Bahannya mudah, tapi kena buat dengan cara betul. Jangan main cincai. Nama nona manis pun kan, sesuai dengan namanya.

NONA MANIS NONA MENGADA
Ummi dapat 25 biji

BAHAN A
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan 
  • 1 biji telur (ummi pakai gred C je)
Campur, blender, tapis
 CARA-CARA
  1. Satukan semua BAHAN A kedalam blender. Kisar halus sehingga sebati. Biarkan.
  2. Buat BAHAN B pulak.
BAHAN B
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 sk pewarna hijau
  • 1 sk perisa pandan
  • 1 sk garam
CARA-CARA
  1. Satukan semua BAHAN B kedalam kuali.
  2. Gunakan whisk. Masak sampai adunan pekat dan sedikit likat. Sentiasa kacau supaya tak bergentel. Matikan api.
  3. Tapiskan BAHAN A kedalam BAHAN B. Nak masukkan BAHAN B kedalam  BAHAN A pun boleh. Ikut selesa nak mana. Hasilnya sama.
  4. Kacau dan sebatikan kedua-dua adunan sampai adunan licin dan berkilat. 
  5. Tapis sekali lagi kedalam jug. Ketepikan.
Masak, kacau sampai pekat, matikan api
Campurkan
Dah sebati, tapis. Sekali sekala kacaulah buat hilang boring πŸ˜„

BAHAN C
  • 2 cawan santan
  • 3 sb tepung jagung
  • 3 sb gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan
CARA-CARA
  1. Masukkan semua BAHAN C kedalam kuali. Masak guna api sederhana sehingga adunan pekat. Sentiasa kacau dengan whisk.
  2. Matikan api dan tuang kedalam botol sos ataupun piping bag. Pakai botol senang, boleh basuh.
  3. Sementara nak tunggu adunan BAHAN C suam, panaskan air kukusan sehingga mendidih.
King of Nona Manis
Pekat sangat pun tak boleh nanti jadi berbintil, kalau cair pun tak boleh nanti habis rosak semuanya. Agak-agak tekstur dia macam lapisan atas kuih pelita. Boleh test kukus 1 biji nona manis dulu untuk dapatkan gambaran. Ummi bercakap melalui pengalaman
CARA KUKUS
  1. Oleskan acuan lompang dengan sedikit minyak dan susun dalam kukusan.
  2. Bila air kukusan dah mendidih, kukus sekejap acuan lompang selama 1 minit.
  3. Tuang perlahan adunan hijau sehinnga 3/4 penuh acuan lompang. Bukan penuh. 3/4 sahaja.
  4. Selepas itu, picitkan adunan BAHAN C di tengah adunan hijau sehingga acuan penuh. Muncung botol tu benam sikit kedalam adunan hijau.
  5. Kukus 10 minit atau sehingga masak. 
Masa mengukus tu ummi tak balut pun penutup kukus dengan kain. Ummi just lapkan sahaja lepas 5 minit atau agak-agak penutup tu dah berpeluh. Rumah ni takde kain yang besar untuk balut pengukus, tu ummi lap je dengan tuala bersih.
Nona Manis buat ummi senyum manis
Permulaan buat kuih ni memang rasa banyak kerenah. Percayalah, bila dah berjaya buat, sedap, lembut, manis, lemak santan tu sebati dalam tekak, nikmatnya tak terkata. Sekiranya rajin berlatih buat kuih ni insyaallah semuanya sebelah mata je. Ummi rasa pengorbanan ummi berbaloi bila akhirnya ummi berjaya juga menghasilkannya. Asyik!

NOTE : 
Ummi suka guna santan kotak jenama KARA. Ummi campur air dengan santan KARA untuk cukupkan 1 cawan sebab santan KARA ni pekat.

Kalau takde cawan matrik, guna je cawan biasa. Untuk sukatan 1/4 tu, isi dulu 1/2 cawan lepastu bahagikan kepada 2, jadilah 1/4. 

Ummi tak suka nak blender daun pandan. Jadi perisa pandan jenama Star Brand jadi pilihan. Jenama lain ummi tak pernah, kalau nak cuba, digalakkan😊 


Ummi bukanlah nak menunjuk-nunjuk ke apa. Ini hanyalah bukti yang kuih nona manis ummi buat memang betul-betul menjadi. Nasihat ummi sebagai orang yang pernah hadapi kegagalan dalam membuat kuih nona manis ni, sabarlah. Kena bertenang selalu okay. You can do it ! Ikut resipi ummi bagi ni helok-helok tau.

kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment