Monday, February 18, 2019

Santan Kotak

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali ummi nak minta minta maaf sebab untuk entry ni ummi just screenshots sahaja gambarnya untuk rujukan semua. Ummi tak ada stok sendiri tapi apa yang pasti semuanya ummi pernah try. Ada juga beberapa brand yang ummi pernah try tapi tak jumpa pula dalam pakar google. Nak sebut nama pun tak ingat dah. So, jom teruskan...

Sesiapa yang duduk di kampung tu sangatlah bertuah sebab dapat beli santan segar atau lebih tepat lagi semuanya ada kat belakang rumah. Duduk bandar ada je orang jual santan segar cuma nak keluar membeli tu ada saje alasan. Lagi pula harganya boleh tahan juga namun tak boleh nak simpan. Yelah, kalau duduk kampung time nak guna tu baru kita pergi ambil kelapa, kopek, belah, mesin dan perah.

Bila duduk bandar, dah keluar beli takkan nak beli sebiji je kan. Alang-alang baik beli lebih. Kalau bernasib baik dapatlah santan yang masih fresh. Kalau nasib tak baik, sampai rumah dah bau masam. Ummi dah banyak kali terkena bukan setakat masam je, yang beku pun pastu yang terlebih air pun ada juga. Rasa rugi, serik dan keinginan nak buat masakan yang berasaskan santan menyebabkan ummi beralih ke santan kotak yang lebih praktikal.

1. KARA
KARA ni tekstur dia paling pekat sekali kalau nak compare dengan santan lain yang pernah ummi guna. Masa mula-mula beli dulu terkejut sangat sebab macam berketul. Tak biasa kan. Lepas tu kaler dia lebih putih which ummi suka! 1 kotak ni ummi boleh guna 3 kali untuk masak kadang lebih pun ya sebab memang pekat sangat dan ummi pun bukan pakai banyak  melainkan kalau nak masak lemak cili api.

Mulanya tak berapa nak suka tapi bila congak-congak semula, ummi rasa KARA ni paling jimat bila kita nak buat kuih. Ummi suka sangat dan sampai sekarang ummi tak pernah putus pakai santan ni. Kalau dulu ummi perlu habiskan 1 kotak untuk masak, sekarang dah tak payah. Bila kita campurkan dengan air, akan dapat kepekatan yang sama macam dengan santan lain. So, santan lebih banyaklah kan. 

Harganya mahal sedikit tapi ummi tak kisah sebab ummi boleh pakai banyak kali. 
Harganya kalau di econsave lebih murah. 1 kotak 200ml baru RM 2.75. Paling mahal ummi beli RM 3.30 kat kedai runcit pakistan sebelah taman. Standart harga kedai runcit. Kalau dah terdesak ummi beli juga.

Guna 1 kotak KARA lepas tu bancuh dengan 5 kotak air (guna kotak santan untuk sukat). Kalau tak suka cair, boleh kurangkan air. Sangat berpuas hati. 

Kalau tak guna habis, misal kata esok nak guna lagi boleh aje simpan dalam peti bahagian bawah. Tapi kalau tak tahu bila nak guna elok simpan dalam freezer terus kasi beku. Tahan! Tapi takdelah sampai sebulan. Rasional sikit okeh..hihi

2. AYAM BRAND

Dulu sebelum ummi beralih arah ke KARA, ayam brand ni lah menjadi pilihan hati. Rasanya yang lebih lemak dan juga hampir sama dengan santan fresh. Rasa je sama tapi belum setanding santan fresh. Faham-faham jelah kalau nak buat rendang, rasa memang sedap tapi lebih sedap kalau santan ni pecah minyak.

Ummi suka yang hijau, tak berapa nak creamy sangat dan kurang sikit bau kelapa. Ummi tak tahulah nak susun ayat macam mana. Haha. Tapi so far memang puas hati. Kurang puas sebab sekali masak memang tuang 1 kotak terus walaupun masak untuk 2 orang. Kalau ade tetamu datang rumah, kena guna 2 kotak ataupun lebih bergantung pada jumlah tetamu barulah naik rasa dan warna cantik. Nampak berselera je kalau tengok.

Dulu murah tak sampai RM 2 pun tapi makin lama makin naik harga dan sekarang harga di econsave RM 2.55. Sikit lagi nak sama harga dengan KARA. Masih mampu milik, ayam brand pulak tu kan glemer dapur lau ada santan ni. Packaging paling cantik. Kalau tempat lain mungkin lebih mahal tapi taklah sampai RM 3.

Ummi tak syorkan kalau buat kuih nak guna ayam brand, bagi ummi rasanya kurang nikmat sikit sebab tekstur dia cair sikit. Tapi apa pun pilihan di tangan masing-masing.

3. M&S

Sesiapa kalau ingat iklan santan ni kat tv. Ada perempuan jerit cakap "santan habis" pastu ada monyet susah payahla nak pegi petik kelapa. At last ada orang bagi santan ni. Dulu seingat ummi ada kaler kuning tu je. Sekarang ni dah ade yang biru yang kurang lemaknya. Mana ada, sama je haha kalau dah nafsu makan ntah macam apa.

Santan ni pernah jugaklah sekali dua ummi try. Beli pun sebab santan yang ummi nak tak ada. Packing dia lain sikit. Nampak macam besar tapi isipadu sama je. 200 ml jugak. Mungkin trick M&S untuk tarik pelanggan. Mesti customer ingat isi dia lebih banyak kan.

Ummi tak tahu kenapa ummi jarang beli mungkin sebab harga dia kot. Lebih mahal daripada ayam brand. Eh, tak ingatlah. Ok je santan ni, bolehlah. Tekstur dia tak pekat dan tak cair. Medium. Untuk masak ke untuk kuih ke boleh guna ni. Tak ada masalah.

4. RASAKU
Favourite ummi masa bujang dulu sebab harganya memang murah. RM 1.80 je masa tu. Sekarang ni RM 2 dah rasanya.  Stok tak pernah putus tau dulu. Ummi tak pernah buat kuih guna ni tapi kalau masak memang kerap. Ummi suka sebab dia murah je. Dulu hidup sendiri, serba serbi kena jimat. Tinggal sorang pulak, lagila kena jimat. Sampai ummi kawin dengan abi pun masih guna ni. Kalau stok tak ada baru beli ayam brand. 😋 Rasanya not bad, memang rasa santan walaupun packaging macam tak meyakinkan.

Kalau nak pakai ni kena pakai habis. Elok jangan simpanlah kalau dah bukak kotak dia. Wan selalu komplen santan ni cepat masam/rosak walaupun dah simpan peti sejuk. Tulah wan, ummi sekalirup je habiskan 1 kotak tapi wan gemo nau simpan-simpan.

5. S&P
Brand ni up sikit daripada RASAKU tadi sebab yang ni lama sikit berada dalam pasaran. Kalau ummi salah sorry ya. Packaging pun cantik tapi harga lebih kurang ayam brand. Tak mahal tak murah sangat. Bolehla buat masak-masak. Kalau buat pengat ke memang kena pakai lebih ya. Kepekatannya lebih kurang rasaku je tapi tahan sikit dari rasaku. Kalau tak guna habis simpan aje dalam freezer. 😘 Selalunya ummi memang pakai habis.

Wokeh, tamat sudah hal santan.

kiss the cook by makteh

No comments:

Post a Comment