Sunday, February 17, 2019

Pau Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum w.b.t

Harini pagi-pagi lagi ummi dah workout menguli doh pau sambal. Hadoi, 2 kg tepung uli tangan pulak tu memang mencabar kewanitaan ummi. Ummi tak berani dah nak uli pakai hand mixer. Dah 3 kali bertukar, rasa tak sanggup pulak nak jahanamkan lagi. Nak beli yang heavy duty tu aduhai mahal pulak. Tunggu nantilah ada rezeki ummi. Insyaallah

Dalam 1 hari paling maksimum ummi boleh 2 kg tepung je untuk uli manual. Harini lepas subuh tadi 2kg, pukul 10 pagi lagi 2 kg. Bayanglaaaaaaaaaaaaaaa betapa lenguhnya. Masa uli tu tak lenguh pun. Selepas dah siap goreng semua baru datang rasa lenguh. Ummi rasa part lenguh masa nak bentukkan dia jadi pau. Rasanyalah kan, rasa ummi lah..

Jadi harini ummi bagi resipi untuk 1 adunan je. Takkan nak bagi 2kg punya resipi kan. Jenuh pulak nak membahagi. Nanti kalau nak buat sendiri boleh aje pakai resipi ni. Resipi ni boleh buat macam-macam. Nak buat donat boleh, pau kukus boleh, pau berinti goreng pun boleh dan lagi satu tu haaa kuih cakoi. Boleh juga. Mudah kan? Syarat dia kena mahirkan buat doh je dan kena rajin sikitlah. Kalau yang ada mesin tu, guna resipi ni untuk buat roti pun boleh. Cuma kena uli sampai elastik je. Apa nak susah, kan mesin yang buat 😅

PAU SAMBAL IKAN BILIS
Favourite Abi
(A) SAMBAL IKAN BILIS
Ummi buat malam tadi pastu simpan dalam peti. Nak guna, panaskan semula.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 15-20 tangkai cili kering (ikut suka)
  • 1 cawan ikan bilis kopek
  • 1 asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  1. Basuh bersih semua bahan dan blender sehingga lumat. 
  2. Kalau sukakan ikan bilis tak hancur, tak perlu blender. Ummi blender supaya Mujahid boleh makan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak. Api jangan besar.
  5. Bila dah pecah minyak tu masukkan asam keping. Kena selalu kacau supaya tak hangit.
  6. Perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa tekak masing-masing. 
  7. Jika ada lebihan minyak, perlahan-lahan cedok keluar minyak tu dan buang. Ummi pakai sudu je..
  8. Done.
(B) DOH PAU
  • 11gm yis kering ( ummi guna 1 paket mauripan)
  • 2 sb gula
  • 1 cawan air suam
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 3 cawan tepung gandum
CARA - CARA
  1. Gunakan mangkuk besar.
  2. Satukan yis kering, gula dan air suam. Kacau sebati dan biarkan yis aktif  10 minit. 
  3. Bila campuran yis dah berbuih (yis aktif), masukkan telur, minyak dan garam. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan kacau perlahan dengan sudu sehingga cecair diserap oleh tepung.
  5. Basuh tangan bersih-bersih dan mula uli perlahan. Ummi guna hujung jari je.
  6. Uli sampai doh tak lekat tangan. Tambah tepung sikit-sikit tau. 
  7. Bentukkan bulat besar dan tutup mangkuk. Ummi pakai tudung pengukus, tu je yang ada. 😅 Biarkan.
  8. Selepas 15 minit, uli doh sekali lagi dan bentukkan semula jadi bulat. Tutup mangkuk dan biarkan lagi 15 minit.
  9. Celup tangan dengan tepung dan uli sekejap doh tu untuk buang angin. Nak tumbuk je pun boleh pastu uli semula. 
  10. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat-bulat. Buat sampai siap.
  11. Ummi jenis nak cepat jadi ummi canai leper doh tu, (jangan leper sangat, agak2) dan ummi terap dengan penerap bentuk bulat. Nak lawa pakai penerap bentuk bintang. Kalau takde penerap guna aje gelas buat minum air tu. 😘
  12. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
  13. Sejukkan pau dahulu barulah dibelah dibahagian tengah. Belah jangan sampai terputus pulak. 
  14. Sudukan sambal ikan bilis di dalam pau. Ikutlah nak letak timun ke tak. Budak-budak tak makan timun 😁
  15. Boleh ngap.
Doh mengembang dengan baik
Buat doh ni memang agak penat sikit tapi berbaloi. Ummi meniaga donut guna resipi doh ni tau. Alhamdulillah setahun juga bertahan. Boleh kata hari-hari ada sahaja permintaan. Tapi sekarang ummi rasa macam tak larat pula nak menguli selalu sangat sebab nak tumpukan perhatian pada kuih muih lain yang lebih manja dan kurang penatnya. Auuwww.. Ini kerana kalau ummi buay donut, kuih lain ummi dah takde tenaga nak buat. Hahaha 

Nantilah kalau ummi beli mesin pengadun tu baru ummi berani nak open order semula. Ramai yang dah kecewa bila tahu ummi tak buat donut lagi. Harini pun ramai customer yang pm ummi tanya donut lepas ummi up status pau sambal ikan bilis ni. Serba salah pula ummi. Nasib yang bertanya tu bukan ibu mengandung.. Habislah ummi 😅😅😅

Sebenarnya dah banyak kali dah ummi share resipi ni dengan orang. Bila orang minta resipi ummi memang bagi sahaja. Apa salahnya kan kongsi rezeki. Kita pun kalau nak cuba sesuatu resipi mesti try resipi yang dah ada testimoni, betul tak? 

Ummi tak takut pun kalau orang yang minta resipi tu nak berbisnes kecil-kecilan sama-sama dengan ummi. Tak ada istilah sailang ke apa okay, kalau Allah kata dia nak bagi ummi, dia akan bagi. Ummi bahkan lagi suka bila orang lain gembira dengan resipi ummi bagi. Kalau ada sesiapa yang terbaca tanpa sengaja blog ummi ni, jangan risau kalau nak share mana-mana resipi ummi bagi dengan orang lain.

Jangan ragu-ragu kalau nak buat perkara yang baik. 
Resipi ni ummi halalkan dunia akhirat...
💋 💋 💋 

kiss the cook by makteh 

No comments:

Post a Comment