Monday, February 25, 2019

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa harini ummi tak sempat nak update blog. Pukul 3.30 pagi baru teringat. Ummi kesegaran sekarang ni sebab tadi lepas magrib ummi dah tido. Mujahid demam. Badan tak panas cuma selsema dan dah start batuk. Risau pulak ummi nak sambung tido. Takut Mujahid batuk nanti ummi tak sedar. Memang macam nilah rutin ummi tiap kali musim demam. Harapnya abi dan ummi kekal sihat Insyaallah. Amin 😊

Alhamdulillah, ummi berjaya siapkan kuih cara dengan cepat setelah membeli 1 lagi acuan kuih cara. Dulu ummi ada 1 je konon nak buat suka-suka sekali haaa ada pula yang menempah, masak ummi kena berjam-jam kat dapur. Berapa kali melecur dah tangan ummi ni. Nak tolak rezeki sayang pula, baik buat aje slow-slow kan. Alhamdulillah, rezeki Allah memang tak pernah salah alamat buat hambanya. Bersyukur sangat-sangat. Daripada dulu ummi hanya suka-suka,❤ sekarang rasa tak boleh pula kalau tak berniaga.  Wan plak kalau tiap kali call mesti tanya "buat kuih apa harini?" πŸ˜…

KUIH CARA MANIS
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen pandan
  • 1 sk pewarna hijau
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir secukupnya (untuk filling)
  • Minyak masak
CARA-CARA 
  1. Panaskan acuan kuih cara. Guna api kecil sahaja ya.
  2. Satukan semua bahan kedalam mangkuk dan kacau sebati guna whisk.
  3. Tuang adunan ke dalam blender dan blend/kisar sampai adunan halus.
  4. Tapiskan kedalam jug. Kacau selalu supaya tepung tak mendap.
  5. Bila acuan dah panas, sapukan minyak masak dalam acuan. Ummi guna garfu pastu seret sekeliling acuan.
  6. Tuang adunan dalam acuan. Biarkan sekejap beberapa saat. Tunggu lapisan luar mengeras sikit.
  7. Letakkan 1/4 sudu gula di setiap kuih. Jangan banyak sangat nanti kuih pecah. 1/4 gula ni dah sedang elok je.
  8. Tutup rapat acuan dengan penutup dan biarkan kuih masak sepenuhnya. Lebih kurang 7 minit macam tulah. Agak-agak jelah ya, sekali sekala bukak tutup dan tengoklah dah masak ke belum. Ummi guna tudung periuk je. 😊
  9. Bila kuih dah masak, keluar kan dari acuan dan kapitkan 2 biji kuih.
  10. Ulang proses sampai adunan habis.
  11. Makan!
Ada macam-macam bentuk tapi ummi suka yang macam telur tu sebab senang nak keluarkan kuih dari acuan
Resipi ni sangat-sangat senang, sangat jimat masa dari segi penyediaannya. Kuih kampung ni memang semuanya mudah belaka tapi rasanya sangat menyelerakan. Pertama kali ummi buat kuih ni, Mujahid dan abi beriya tau makan. Kembang ummi πŸ˜‹

kiss the cook by makteh

Wednesday, February 20, 2019

Nasi Goreng Belacan

Assalamualaikum w.b.t

Mood nak balik kampung berkobar-kobar. Rasa tak sabar nak jumpa wan kat kampung dan tak sabar juga nak tengok rumah baru! Rindu sangat.

So, ummi sangat-sangatlah malas nak ajak abi pergi shopping barang dapur sebab takde feel nak memasak. Hati ni macam ditarik-tarik suruh balik cepat namun apakan daya, hari jumaat pagi baru boleh bertolak. Plan ummi nak balik esok lepas jemput Mujahid, abi pulak ada kelas malam takde sapa boleh ganti. Terpaksalah bersabar...

Hurm, semalam kan dah dapat Mcd, chill la sikit ummi ni pun. Nak chill macam mana, teringat kes terbuang apple pie semalam. πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯Harini pun tak boleh nak chill juga. Rasa sunyi, sedih, jauh, sepi, murung pun ada. Mungkin ummi tak jaga elok-elok hubungan yang dengan Allah tu yang ummi rasa macam tu. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ni ya Allah. Berilah ketenangan pada ummi semula. Sedihnya ummi...

Ummi cuba busykan diri dengan kerja-kerja rumah terutamanya memasak. Walaupun ringkas tapi dapatlah juga ummi hilangkan sekejap perasaan yang tengah menghurung ni sampai abi balik. Abi balik, Mujahid balik barulah ummi rasa lega sikit ada teman. Alhamdulillah ummi semakin ok menjelang maghrib. Bagus sebenarnya perasaan ni, boleh ummi muhasabah diri dan peringatan juga buat ummi. Dan mungkin juga perasaan ummi je yang suka sangat fikir bukan-bukan. Doakan ummi tenang ya.

Jom tengok resepi. Kalau rasa tengah murung-murung macam ummi boleh masak ni. Sekejap je siap. Yang tak murung pun boleh buat.

NASI GORENG BELACAN
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili api (ummi suka tau pedas)
  • 1/2 ibu jari belacan
  • Sayur campur (kalau takde pun takpe)
  • Nasi (Ummi masak nasi 2 pot)
  • Garam secukup rasa
CARA-CARA
  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api dan belacan sampai hancur. Hancur je tau bukan lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk sampai garing sikit dan harum semerbak belacan. Perasakan dengan garam.
  3. Masukkan sayur campur. Kacau sekejap supaya garam sebati dengan bahan tumbuk.
  4. Masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumbuk tu meresap ke semua butiran nasi. Matikan api.
  5. Hidanglah pastu makan. Bismillah jangan lupa.
Ada lagi bawah saji, jemput kerumah kalau nak rasa
Love you all. Ummi suka masak. Ummi minat masak. Tapi bila ummi malas, takde mood ke apa nasi gorenglah penyelesaiannya. πŸ˜…

Babai

kiss the cook by makteh

Tuesday, February 19, 2019

McDonald's ~ Apple Pie yang Tragis

Assalamualaikum w.b.t

Keseronokan supper on midnight dengan family hilang macam tu sahaja bila ummi dengan slumber membuang apple pie yang langsung tak dijamah ke dalam tong sampah. Masih dalam box!

Dah jadi habit ummi akan clean up all sisa makanan, lap meja and make sure meja bersih sebelum tinggalkan restoran. Dan jadi habit juga lepas makan ummi akan kosongkan meja dan buang sampah sendiri. Kalau fast food la. Kalau restoran biasa ummi just kemas meja dan satukan pinggan biar senang pekerja nak kemas.

Abi la yang ajak supper kat mcd. Saje-saje family time kebetulan pulak Mujahid sedar. Selalu kan dia tidur kalau hari sekolah. Ummi pilih set double cheeseburger and abi pulak ayam goreng. Mujahid kalau malam-malam ni memang takdelah nak makan mana sebab petang tadi dah makan nasi. 
Crispy & Juicy
Harini ayamnya macam over cooked. Keras dan kurang sedap. Tak juicy. Abi syak diorang microwave semula sebab tu keras. Boleh pakai juga teori abi tu. Sebelum ni ummi pernah try panaskan semula ayam kfc dalam microwave, ye memang jadi keras kayu. Positif jelah kan, datang pun dah midnight, maybe pekerja dia yang malas ataupun SOP diorang memang macam tu. Ummi malas nak bergaduh dan tak kaya untuk saman diorang sebab servis kurang memuaskan malam ni. Not affordable apa yang kita bayar dengan apa yang kita dapat. So, biar jelah. Sebab sekarang ni nak story pasal Apple Pie bukan ayam goreng kayu. (Ummi memang garang sikit harini)

Teringin betul ummi nak makan apple pie tu yang ummi order. Tak pernah tau ummi order kalau dine in sebabnya takde rasa nak makan. Jadi perkara ni diluar kebiasaan ummi. Sampai meja bismillah semua ummi makan burger dulu. Saje simpan pie untuk kenikmatan last sekali. Tengah makan burger abi pulak hulur ayam seketul. Kata abi dia dapat ayam besar, kenyang nak habiskan sorang. See, macam mana ummi tak gemuk. 
Vegan ke tak bukan masalah, masalahnya dia sedap
Air dah habis, abi suruh ummi refillkan. 55sen je. Pelik, kejap singgit kejap 50sen ntah apa cashier ni tekan pun tak tahulah. Cashier ni pulak macam poyo pergi marah staff baru tak pandai tekan mesin. Waah, kot ye pun nak marah janganla depan ummi. Ummi ni regular customer kot, masa dia masih trainee pun tak pernah ummi nampak staff lama marah dia depan customer. Baru kerja lama sikit dah berlagak. Ummi geramlah sebab yang marah tu orang muda. Yang kena marah tu sebaya makcik-makcik je. Walaupun awak staff lama tak bermakna awak boleh sukahati tak hormat yang tua. Rude! Ok sekarang cerita apple pie bukan cerita cashier.

Baru je nak sambung makan lepas refill air, si Mujahid pulak cakap nak berak. Aduhai, dahla toilet kat mcd ni agak tercemar. 24jam kan, paham-paham jelah. Abi refused nak berak kat mcd, so kenalah balik rumah. Mujahid ni kalau dia kata nak berak means dia boleh tahan lagi. Tapi yang tak tahan duk sebut nak berak nak berak nak berak. Tak berhenti. Tu yang jadi geram. Lain kalau nak buang air kecik, kalau dia dah cakap tu memang laju ummi bawak dia ketandas. Sorry guna word berak instead of uk uk sebab ummi tengah geram. Dramatik sikit kan nak cerita. Haha.

Dah abi tergesa-gesa, ummi handle meja kemas-kemas tak perasan dan tak ingat langsung apple pie dalam tray. Sibuk kutip fries masukkan balik dalam cup sampai lupa pie yang masih dalam kotak. Tak biasa beli kan.  Ummi bangun terus pumm masuk dalam tong. Wah, masa ni tak perasan lagi. Tak sempat basuh tangan terus masuk kereta. Masa nilah teringat yang ummi tak makan pie lagi!

Geramnyaaaaaaaaa!

Ketenangan makan mcd jadi kusut lepas si kenit ni cakap nak berak. Ummi tak salahkan anak, cuma geram sangat. Kalau nak sesuatu tak menyempat-nyempat. Padahal boleh aja dia sabar. Dalam kereta ummi dah potpet. Nak marah siapa? Silap sendiri kan. Masa ni rasa nyesal dan berkobar taknak dah rajin kemas meja. Pasni kalau makan kat mana-mana ummi tak nak kemas dah!

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Walaupun apple pie tu baru RM 2.50, tapi ummi rasa macam dah buang RM 50. Terkilannya. Tak nak dah kemas pasni, tak nak dah simpan-simpan. Nanti kalau order lagi nak makan terus. Ntah bila pulak....Menyampah betul. Ummi ni mental betul harini. Serba tak kena. Apple pie lagi. Ending day yang menyakitkan
Sebiji macam yang ummi terbuang tadi
Sekarang dah 3.30 pagi. Ummi nak paksa tidur jugak walaupun sakit hati. Ummi redha jelah dengan pemergiannya. Mungkin harini bukan rezeki ummi. Dan peringatan untuk ummi supaya berhati-hati selalu. Ummi tipu je cakap tak nak kemas tadi. Ummi tak mampu nak biarkan meja bersepah lepas makan. Rasa tak tergamak. Kesian pekerja diorang penat.

Note : Segala kekasaran, kesalahan, keterasahatian dalam entry kali ni, ummi menyusun 10 jari memohon keampunan. Ummi tak dapat nak bendung betapa kesalnya hati ni bila terbuang apple pie favourite ummi tu dalam tong sampah

kiss the cook by makteh

Monday, February 18, 2019

Santan Kotak

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali ummi nak minta minta maaf sebab untuk entry ni ummi just screenshots sahaja gambarnya untuk rujukan semua. Ummi tak ada stok sendiri tapi apa yang pasti semuanya ummi pernah try. Ada juga beberapa brand yang ummi pernah try tapi tak jumpa pula dalam pakar google. Nak sebut nama pun tak ingat dah. So, jom teruskan...

Sesiapa yang duduk di kampung tu sangatlah bertuah sebab dapat beli santan segar atau lebih tepat lagi semuanya ada kat belakang rumah. Duduk bandar ada je orang jual santan segar cuma nak keluar membeli tu ada saje alasan. Lagi pula harganya boleh tahan juga namun tak boleh nak simpan. Yelah, kalau duduk kampung time nak guna tu baru kita pergi ambil kelapa, kopek, belah, mesin dan perah.

Bila duduk bandar, dah keluar beli takkan nak beli sebiji je kan. Alang-alang baik beli lebih. Kalau bernasib baik dapatlah santan yang masih fresh. Kalau nasib tak baik, sampai rumah dah bau masam. Ummi dah banyak kali terkena bukan setakat masam je, yang beku pun pastu yang terlebih air pun ada juga. Rasa rugi, serik dan keinginan nak buat masakan yang berasaskan santan menyebabkan ummi beralih ke santan kotak yang lebih praktikal.

1. KARA
KARA ni tekstur dia paling pekat sekali kalau nak compare dengan santan lain yang pernah ummi guna. Masa mula-mula beli dulu terkejut sangat sebab macam berketul. Tak biasa kan. Lepas tu kaler dia lebih putih which ummi suka! 1 kotak ni ummi boleh guna 3 kali untuk masak kadang lebih pun ya sebab memang pekat sangat dan ummi pun bukan pakai banyak  melainkan kalau nak masak lemak cili api.

Mulanya tak berapa nak suka tapi bila congak-congak semula, ummi rasa KARA ni paling jimat bila kita nak buat kuih. Ummi suka sangat dan sampai sekarang ummi tak pernah putus pakai santan ni. Kalau dulu ummi perlu habiskan 1 kotak untuk masak, sekarang dah tak payah. Bila kita campurkan dengan air, akan dapat kepekatan yang sama macam dengan santan lain. So, santan lebih banyaklah kan. 

Harganya mahal sedikit tapi ummi tak kisah sebab ummi boleh pakai banyak kali. 
Harganya kalau di econsave lebih murah. 1 kotak 200ml baru RM 2.75. Paling mahal ummi beli RM 3.30 kat kedai runcit pakistan sebelah taman. Standart harga kedai runcit. Kalau dah terdesak ummi beli juga.

Guna 1 kotak KARA lepas tu bancuh dengan 5 kotak air (guna kotak santan untuk sukat). Kalau tak suka cair, boleh kurangkan air. Sangat berpuas hati. 

Kalau tak guna habis, misal kata esok nak guna lagi boleh aje simpan dalam peti bahagian bawah. Tapi kalau tak tahu bila nak guna elok simpan dalam freezer terus kasi beku. Tahan! Tapi takdelah sampai sebulan. Rasional sikit okeh..hihi

2. AYAM BRAND

Dulu sebelum ummi beralih arah ke KARA, ayam brand ni lah menjadi pilihan hati. Rasanya yang lebih lemak dan juga hampir sama dengan santan fresh. Rasa je sama tapi belum setanding santan fresh. Faham-faham jelah kalau nak buat rendang, rasa memang sedap tapi lebih sedap kalau santan ni pecah minyak.

Ummi suka yang hijau, tak berapa nak creamy sangat dan kurang sikit bau kelapa. Ummi tak tahulah nak susun ayat macam mana. Haha. Tapi so far memang puas hati. Kurang puas sebab sekali masak memang tuang 1 kotak terus walaupun masak untuk 2 orang. Kalau ade tetamu datang rumah, kena guna 2 kotak ataupun lebih bergantung pada jumlah tetamu barulah naik rasa dan warna cantik. Nampak berselera je kalau tengok.

Dulu murah tak sampai RM 2 pun tapi makin lama makin naik harga dan sekarang harga di econsave RM 2.55. Sikit lagi nak sama harga dengan KARA. Masih mampu milik, ayam brand pulak tu kan glemer dapur lau ada santan ni. Packaging paling cantik. Kalau tempat lain mungkin lebih mahal tapi taklah sampai RM 3.

Ummi tak syorkan kalau buat kuih nak guna ayam brand, bagi ummi rasanya kurang nikmat sikit sebab tekstur dia cair sikit. Tapi apa pun pilihan di tangan masing-masing.

3. M&S

Sesiapa kalau ingat iklan santan ni kat tv. Ada perempuan jerit cakap "santan habis" pastu ada monyet susah payahla nak pegi petik kelapa. At last ada orang bagi santan ni. Dulu seingat ummi ada kaler kuning tu je. Sekarang ni dah ade yang biru yang kurang lemaknya. Mana ada, sama je haha kalau dah nafsu makan ntah macam apa.

Santan ni pernah jugaklah sekali dua ummi try. Beli pun sebab santan yang ummi nak tak ada. Packing dia lain sikit. Nampak macam besar tapi isipadu sama je. 200 ml jugak. Mungkin trick M&S untuk tarik pelanggan. Mesti customer ingat isi dia lebih banyak kan.

Ummi tak tahu kenapa ummi jarang beli mungkin sebab harga dia kot. Lebih mahal daripada ayam brand. Eh, tak ingatlah. Ok je santan ni, bolehlah. Tekstur dia tak pekat dan tak cair. Medium. Untuk masak ke untuk kuih ke boleh guna ni. Tak ada masalah.

4. RASAKU
Favourite ummi masa bujang dulu sebab harganya memang murah. RM 1.80 je masa tu. Sekarang ni RM 2 dah rasanya.  Stok tak pernah putus tau dulu. Ummi tak pernah buat kuih guna ni tapi kalau masak memang kerap. Ummi suka sebab dia murah je. Dulu hidup sendiri, serba serbi kena jimat. Tinggal sorang pulak, lagila kena jimat. Sampai ummi kawin dengan abi pun masih guna ni. Kalau stok tak ada baru beli ayam brand. πŸ˜‹ Rasanya not bad, memang rasa santan walaupun packaging macam tak meyakinkan.

Kalau nak pakai ni kena pakai habis. Elok jangan simpanlah kalau dah bukak kotak dia. Wan selalu komplen santan ni cepat masam/rosak walaupun dah simpan peti sejuk. Tulah wan, ummi sekalirup je habiskan 1 kotak tapi wan gemo nau simpan-simpan.

5. S&P
Brand ni up sikit daripada RASAKU tadi sebab yang ni lama sikit berada dalam pasaran. Kalau ummi salah sorry ya. Packaging pun cantik tapi harga lebih kurang ayam brand. Tak mahal tak murah sangat. Bolehla buat masak-masak. Kalau buat pengat ke memang kena pakai lebih ya. Kepekatannya lebih kurang rasaku je tapi tahan sikit dari rasaku. Kalau tak guna habis simpan aje dalam freezer. 😘 Selalunya ummi memang pakai habis.

Wokeh, tamat sudah hal santan.

kiss the cook by makteh

Sunday, February 17, 2019

Pau Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum w.b.t

Harini pagi-pagi lagi ummi dah workout menguli doh pau sambal. Hadoi, 2 kg tepung uli tangan pulak tu memang mencabar kewanitaan ummi. Ummi tak berani dah nak uli pakai hand mixer. Dah 3 kali bertukar, rasa tak sanggup pulak nak jahanamkan lagi. Nak beli yang heavy duty tu aduhai mahal pulak. Tunggu nantilah ada rezeki ummi. Insyaallah

Dalam 1 hari paling maksimum ummi boleh 2 kg tepung je untuk uli manual. Harini lepas subuh tadi 2kg, pukul 10 pagi lagi 2 kg. Bayanglaaaaaaaaaaaaaaa betapa lenguhnya. Masa uli tu tak lenguh pun. Selepas dah siap goreng semua baru datang rasa lenguh. Ummi rasa part lenguh masa nak bentukkan dia jadi pau. Rasanyalah kan, rasa ummi lah..

Jadi harini ummi bagi resipi untuk 1 adunan je. Takkan nak bagi 2kg punya resipi kan. Jenuh pulak nak membahagi. Nanti kalau nak buat sendiri boleh aje pakai resipi ni. Resipi ni boleh buat macam-macam. Nak buat donat boleh, pau kukus boleh, pau berinti goreng pun boleh dan lagi satu tu haaa kuih cakoi. Boleh juga. Mudah kan? Syarat dia kena mahirkan buat doh je dan kena rajin sikitlah. Kalau yang ada mesin tu, guna resipi ni untuk buat roti pun boleh. Cuma kena uli sampai elastik je. Apa nak susah, kan mesin yang buat πŸ˜…

PAU SAMBAL IKAN BILIS
Favourite Abi
(A) SAMBAL IKAN BILIS
Ummi buat malam tadi pastu simpan dalam peti. Nak guna, panaskan semula.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 15-20 tangkai cili kering (ikut suka)
  • 1 cawan ikan bilis kopek
  • 1 asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA
  1. Basuh bersih semua bahan dan blender sehingga lumat. 
  2. Kalau sukakan ikan bilis tak hancur, tak perlu blender. Ummi blender supaya Mujahid boleh makan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak. Api jangan besar.
  5. Bila dah pecah minyak tu masukkan asam keping. Kena selalu kacau supaya tak hangit.
  6. Perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa tekak masing-masing. 
  7. Jika ada lebihan minyak, perlahan-lahan cedok keluar minyak tu dan buang. Ummi pakai sudu je..
  8. Done.
(B) DOH PAU
  • 11gm yis kering ( ummi guna 1 paket mauripan)
  • 2 sb gula
  • 1 cawan air suam
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • 3 cawan tepung gandum
CARA - CARA
  1. Gunakan mangkuk besar.
  2. Satukan yis kering, gula dan air suam. Kacau sebati dan biarkan yis aktif  10 minit. 
  3. Bila campuran yis dah berbuih (yis aktif), masukkan telur, minyak dan garam. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan kacau perlahan dengan sudu sehingga cecair diserap oleh tepung.
  5. Basuh tangan bersih-bersih dan mula uli perlahan. Ummi guna hujung jari je.
  6. Uli sampai doh tak lekat tangan. Tambah tepung sikit-sikit tau. 
  7. Bentukkan bulat besar dan tutup mangkuk. Ummi pakai tudung pengukus, tu je yang ada. πŸ˜… Biarkan.
  8. Selepas 15 minit, uli doh sekali lagi dan bentukkan semula jadi bulat. Tutup mangkuk dan biarkan lagi 15 minit.
  9. Celup tangan dengan tepung dan uli sekejap doh tu untuk buang angin. Nak tumbuk je pun boleh pastu uli semula. 
  10. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat-bulat. Buat sampai siap.
  11. Ummi jenis nak cepat jadi ummi canai leper doh tu, (jangan leper sangat, agak2) dan ummi terap dengan penerap bentuk bulat. Nak lawa pakai penerap bentuk bintang. Kalau takde penerap guna aje gelas buat minum air tu. 😘
  12. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
  13. Sejukkan pau dahulu barulah dibelah dibahagian tengah. Belah jangan sampai terputus pulak. 
  14. Sudukan sambal ikan bilis di dalam pau. Ikutlah nak letak timun ke tak. Budak-budak tak makan timun 😁
  15. Boleh ngap.
Doh mengembang dengan baik
Buat doh ni memang agak penat sikit tapi berbaloi. Ummi meniaga donut guna resipi doh ni tau. Alhamdulillah setahun juga bertahan. Boleh kata hari-hari ada sahaja permintaan. Tapi sekarang ummi rasa macam tak larat pula nak menguli selalu sangat sebab nak tumpukan perhatian pada kuih muih lain yang lebih manja dan kurang penatnya. Auuwww.. Ini kerana kalau ummi buay donut, kuih lain ummi dah takde tenaga nak buat. Hahaha 

Nantilah kalau ummi beli mesin pengadun tu baru ummi berani nak open order semula. Ramai yang dah kecewa bila tahu ummi tak buat donut lagi. Harini pun ramai customer yang pm ummi tanya donut lepas ummi up status pau sambal ikan bilis ni. Serba salah pula ummi. Nasib yang bertanya tu bukan ibu mengandung.. Habislah ummi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sebenarnya dah banyak kali dah ummi share resipi ni dengan orang. Bila orang minta resipi ummi memang bagi sahaja. Apa salahnya kan kongsi rezeki. Kita pun kalau nak cuba sesuatu resipi mesti try resipi yang dah ada testimoni, betul tak? 

Ummi tak takut pun kalau orang yang minta resipi tu nak berbisnes kecil-kecilan sama-sama dengan ummi. Tak ada istilah sailang ke apa okay, kalau Allah kata dia nak bagi ummi, dia akan bagi. Ummi bahkan lagi suka bila orang lain gembira dengan resipi ummi bagi. Kalau ada sesiapa yang terbaca tanpa sengaja blog ummi ni, jangan risau kalau nak share mana-mana resipi ummi bagi dengan orang lain.

Jangan ragu-ragu kalau nak buat perkara yang baik. 
Resipi ni ummi halalkan dunia akhirat...
πŸ’‹ πŸ’‹ πŸ’‹ 

kiss the cook by makteh 

Friday, February 15, 2019

Talam Jagung Acuan Lompang

Assalamualaikum w.b.t

Kuih talam ni bukanlah sebab nama kuih tu talam. Tapi cara pembuatannya yang dikukus menggunakan talam atau loyang. Kalau guna acuan lompang nak panggil apa eh? Nak cakap lompang macam tak sedap je bunyinya kan. Apa-apa pun rasanya tetap sama walaupun dalam lompang.
Talam Jagung Acuan Lompang
Kalau haritu ummi guna cara mudah untuk buat talam jagung pandan sini yelah ummi pun baru-baru je nak pandai kan. Berbeza pula kalini ummi guna cara susah sikit untuk beginner macam ummi of course susah tapi hasilnya jauh lebih sedap, jauh lebih lembut dan sangat berkualiti untuk dijadikan jualan sampingan. Tak percaya? Kena percaya...

TALAM JAGUNG ACUAN LOMPANG


(BAHAN A)

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan jagung krim dalam tin
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • 2 cawan santan
  • 1 sk pewarna kuning
(BAHAN B)
  • 1/2 cawan jagung dalam tin
  • 1 cawan santan
Note : Ummi guna santan kotak KARA. Ummi campurkan dengan air biasa untuk jadikan 1 cawan santan. (sebab KARA sangat pekat)

CARA-CARA
  1. Satukan semua BAHAN A kedalam blender. Kisar sampai sebati dan halus.
  2. Masukkan kedalam kuali. Tak perlu tapis sebab sayang jagung tak lepas kalau tapis.
  3. Guna api sederhana.
  4. Kacau pakai whisk dan masak sehingga adunan kelihatan pekat. Matikan api.
  5. Masukkan kedalam jug supaya senang nak tuang dalam acuan.
  6. Masukkan BAHAN B kedalam adunan BAHAN A. Kacau sebati.
  7. Panaskan air kukusan. Sementara tu oles acuan lompang dengan sedikit minyak. Ummi pakai berus bakery. 
  8. Susun acuan lompang dalam kukusan.
  9. Bila air kukusan dah mendidih, kukus sekejap acuan lompang tadi lebih kurang 1 minit.
  10. Curah perlahan adunan tadi kedalam acuan lompang sehingga hampir penuh. 
  11. Lap tutup kukusan dan kukus kuih 10 minit atau sehingga masak. 
  12. Selang 5 minit lap semula tutup kukusan.
  13. Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan kuih.
  14. Keluarkan dari acuan bila kuih dah betul-betul sejuk.
  15. Siap dihidang.
Tu diaaaa.. Sampai 15 step. Bukan apa pun, banyak membebel je. Ummi nak semua mudah faham, harapnya fahamlah ya. Ummi sangat puas hati akhirnya ummi berjaya juga menghasilkan kuih talam yang lembut dan licin je bila lalu kat tekak.

Ummi ingat ummi syok sendiri je cakap sedap. Tapi abi duk mengulang makan banyak kali juga. Siap tanya ade lebih tak. Ummi hidang 7 biji, habis licin! Belum kira yang abi test awal-awal tadi. 1 adunan ni dapat lebih kurang 30 biji. Selebihnya ummi buat jualan. Jadilah kan boleh ummi buat gonyel-gonyel. Buat gula-gula kata orang. 😘
Insyaallah, sedap
kiss the cook by makteh

Kuih Nona Manis Yang Mengada

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum buat kuih ni ummi dah berhari-hari duk riki resipinya kat tenet. Don't worry be happy memang berlambak-lambak resipi yang ada. Yang tak happynya, cara buat.

Ummi dengan keyakinan tinggi siap bangun awal lagi untuk prepare bahan membuat si nona ni. Well, everything going so smooth until proses mengukus. Ummi terus terang, ummi sangat-sangat kecewa dan sangat frust sebab tak jadi seperti kehendak ummi. Kalau rupa pun dah hodoh apa lagi rasa. Tak boleh telan bahagian hijau tu. Keras, padat pastu ada part yang tak cukup masak dan buat rasa kembang tekak bila nak telan. Penyudahnya masuk tong sampah. Kejam!

Si nona manis ummi dah tukar jadi nona mengada sebab ummi rasa menyampah sangat dengan kerenah nak buat dia. Bila kukus yang hijau tu tak cukup masak lagi tapi si putih tu dah melimpah-limpah keluar dari acuan. Sebelum kukus elok je dia membulat kat bahagian tengah. Siapa yang tak sakit hati. Berkotak-kotak santan ummi dah habiskan semata-mata si nona mengada. Banyak pembaziran ummi dah buat. Tu belum kira yang terjun masuk tong. Fed up sangat tau. Belum kira lagi punyalah payah nak keluarkan dari acuan!

Abi balik rumah tengok rumah bersepah, mana nak kemasnya dah sari suntuk dalam dapur mengerjakan nona. Alhamdulillah, abi tenang dan rilek je. Kalau abi marah pun ummi tak tahu nak respon apa sebabnya ummi terlalu penat nak bercakap, terlalu letih untuk semua tu. Ummi ingatkan nak rehat sekejap je sekali tak sedar langsung. Tahu-tahu je Mujahid dah sampai rumah. Abi yang jemput.

Setakat pencarian ummi kat blog masakan yang femes seperti kak ita masam manis, kak azie kitchen dan banyak lagi beberapa blog yang dah tak aktif pun ada, setakat ummi perhati takde sorang pun yang merungut macam ummi ni. Ummi ni mengeluh je kerjanya. Rasa segan pulak. Baca pengalaman diorang buat kuih ni happy je, santai je, ummi? Serabutnya lahai.

Ummi ni acah-acah surrender la konon, give up lah, menyampahlah bagai tapi harini ummi cuba jugak buat lagi. Haritu ummi buat 100% guna tepung gandum. Harini ummi try pakai 100% tepung beras. Ya allah, kalau haritu keras-keras dia pun masih kategori lembut lagi. Harini punya bukan setakat keras, hapak! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Stress mak.

1 adunan laju je masuk tong sampah macam tu je. Apalah dosaku ni. πŸ˜… Nak buat nona manis tapi yang jadi nona sado pulak. Cuma bezanya bahagian inti putih tu kalini menjadi. Terletak elok kat tengah. Ummi korek makan yang putih tu , yang hijau babai.

Lepas siap makan nasi, dah kenyang dan dah recharge balik tenaga, ummi menung-menung kejap. Apalah masalah ummi ni. Buat kuih yang rata-rata cakap senang pun ummi tak lepas. Sambil cuci pinggan sambil tu fikir. Sambil basuh kain fikir juga. Eh, tak boleh jadi ni. Kena buat juga sampai jadi. Last! Kalau tak jadi juga ummi redha jelah. Ada rezeki ummi buat lagi. Tak tahan nak buka kotak santan lagi πŸ˜₯. Silap ummi jugak suka sangat cedok resipi orang ni tapi cara buat ikut orang ni pastu pandai-pandai ikut kepala sendiri. Nak sangat jalan mudah.

Masa ummi berseorangan nilah ummi manfaatkan sebaiknya. Abi dan Mujahid pergi solat jumaat, peluang! Tak boleh buat depan abi, nanti ummi stress. Abi kan tak suka membazir, ummi pun tak suka juga tapi ummi lagi tak suka putus asa. Selagi tak dapat selagi tu nak cuba. Hati takkan puas bila tak dapat nak selesaikan masalah nona ni. Setiap resipi ummi teliti betul-betul. Tak nak dah ada kesilapan lagi, cukuplah membazir, cukuplah bersedekah ke tong sampah. Menderita tau.

Sebelum ummi buat, ummi tonton video ni dulu. Sangat-sangat membantu ummi. Boleh tekan link ni untuk terus tonton. Dah tengok video datang sini balik tau! Love you 😘 semoga orang yang buat video ni sentiasa diberkati sebab memudahkan ummi untuk lebih faham.

Alhamdulillah, ummi berjaya juga hasilkan. Hilang semua sakit-sakit reput tulang ummi. Segala kemarahan diganti dengan senyuman dan yang paling penting sama macam beli kat kedai. Rezeki hari jumaat yang terindah. Dan, si nona mendapat namanya semula, Nona Manis.
Ready untuk kukus!
Baca betul-betul resipi ummi bagi ni. Takpe lambat sikit buat, yang penting hasilnya berbaloi. Jangan tiru ummi yang kurang kesabaran ni. Hasilnya tulah, yang dalam tong sampah tu. Kalau buat kali pertama tak jadi, jangan salahkan resipi tapi salahkan diri sendiriπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Tak penyabar. Jadi, baca elok-elok, fahamkan betul-betul. Bahannya mudah, tapi kena buat dengan cara betul. Jangan main cincai. Nama nona manis pun kan, sesuai dengan namanya.

NONA MANIS NONA MENGADA
Ummi dapat 25 biji

BAHAN A
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan santan 
  • 1 biji telur (ummi pakai gred C je)
Campur, blender, tapis
 CARA-CARA
  1. Satukan semua BAHAN A kedalam blender. Kisar halus sehingga sebati. Biarkan.
  2. Buat BAHAN B pulak.
BAHAN B
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • 1 sk pewarna hijau
  • 1 sk perisa pandan
  • 1 sk garam
CARA-CARA
  1. Satukan semua BAHAN B kedalam kuali.
  2. Gunakan whisk. Masak sampai adunan pekat dan sedikit likat. Sentiasa kacau supaya tak bergentel. Matikan api.
  3. Tapiskan BAHAN A kedalam BAHAN B. Nak masukkan BAHAN B kedalam  BAHAN A pun boleh. Ikut selesa nak mana. Hasilnya sama.
  4. Kacau dan sebatikan kedua-dua adunan sampai adunan licin dan berkilat. 
  5. Tapis sekali lagi kedalam jug. Ketepikan.
Masak, kacau sampai pekat, matikan api
Campurkan
Dah sebati, tapis. Sekali sekala kacaulah buat hilang boring πŸ˜„

BAHAN C
  • 2 cawan santan
  • 3 sb tepung jagung
  • 3 sb gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan
CARA-CARA
  1. Masukkan semua BAHAN C kedalam kuali. Masak guna api sederhana sehingga adunan pekat. Sentiasa kacau dengan whisk.
  2. Matikan api dan tuang kedalam botol sos ataupun piping bag. Pakai botol senang, boleh basuh.
  3. Sementara nak tunggu adunan BAHAN C suam, panaskan air kukusan sehingga mendidih.
King of Nona Manis
Pekat sangat pun tak boleh nanti jadi berbintil, kalau cair pun tak boleh nanti habis rosak semuanya. Agak-agak tekstur dia macam lapisan atas kuih pelita. Boleh test kukus 1 biji nona manis dulu untuk dapatkan gambaran. Ummi bercakap melalui pengalaman
CARA KUKUS
  1. Oleskan acuan lompang dengan sedikit minyak dan susun dalam kukusan.
  2. Bila air kukusan dah mendidih, kukus sekejap acuan lompang selama 1 minit.
  3. Tuang perlahan adunan hijau sehinnga 3/4 penuh acuan lompang. Bukan penuh. 3/4 sahaja.
  4. Selepas itu, picitkan adunan BAHAN C di tengah adunan hijau sehingga acuan penuh. Muncung botol tu benam sikit kedalam adunan hijau.
  5. Kukus 10 minit atau sehingga masak. 
Masa mengukus tu ummi tak balut pun penutup kukus dengan kain. Ummi just lapkan sahaja lepas 5 minit atau agak-agak penutup tu dah berpeluh. Rumah ni takde kain yang besar untuk balut pengukus, tu ummi lap je dengan tuala bersih.
Nona Manis buat ummi senyum manis
Permulaan buat kuih ni memang rasa banyak kerenah. Percayalah, bila dah berjaya buat, sedap, lembut, manis, lemak santan tu sebati dalam tekak, nikmatnya tak terkata. Sekiranya rajin berlatih buat kuih ni insyaallah semuanya sebelah mata je. Ummi rasa pengorbanan ummi berbaloi bila akhirnya ummi berjaya juga menghasilkannya. Asyik!

NOTE : 
Ummi suka guna santan kotak jenama KARA. Ummi campur air dengan santan KARA untuk cukupkan 1 cawan sebab santan KARA ni pekat.

Kalau takde cawan matrik, guna je cawan biasa. Untuk sukatan 1/4 tu, isi dulu 1/2 cawan lepastu bahagikan kepada 2, jadilah 1/4. 

Ummi tak suka nak blender daun pandan. Jadi perisa pandan jenama Star Brand jadi pilihan. Jenama lain ummi tak pernah, kalau nak cuba, digalakkan😊 


Ummi bukanlah nak menunjuk-nunjuk ke apa. Ini hanyalah bukti yang kuih nona manis ummi buat memang betul-betul menjadi. Nasihat ummi sebagai orang yang pernah hadapi kegagalan dalam membuat kuih nona manis ni, sabarlah. Kena bertenang selalu okay. You can do it ! Ikut resipi ummi bagi ni helok-helok tau.

kiss the cook by makteh

Wednesday, February 13, 2019

Talvar

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah entry pertama ummi tentang movie. Bukan apa, lepas tengok cerita Talvar ni ummi rasa terbawa-bawa pula sampai dalam mimpi. Mungkin sebab ceritanya yang based on true story atau mungkin sebab pelakon dia yang menjadi kegilaan abi, Irrfan Khan.

Yelah, movie ni lama dah sejak 2015 lagi. Tahun 2019 baru ni ummi tengok buat kali pertama. Wow wow woooouuu, buat malu jelah kan. Orang keluar wayang sehari dah ada yang buat review, ummi makan tahun baru tahu kewujudan cerita ni. Seriously, scary and mystery. Feeling cakap omputih skali skala πŸ˜‚

Mula abi yang duk mention Irrfan Khan, lama ummi perati cara lakonan Irrfan Khan ni baru ummi perasan yang Irrfan tu sendiri yang ada gaya tersendiri. Bawak watak bersahaja je, seolah-olah kita ni dalam filem tu tengah bercakap dengan dia. Dialog dia bukan banyak pun, cakap sepatah dua lebih kurang je tapi gaya dia. Santai, natural gitewww. Ada setengah orang kan macam kayu or nampak sangat tengah berlakon tapi dia tak. Macam real life. No wonder la dia boleh pegi Hollywood.

Best tentang movie yang ada Irrfan Khan ni dia takde nak nyanyi-nyanyi, berjoget sakan macam Shah Rukh Khan hero bollywood tu. Peliklah kan, srk ni dah berusia lagi patut buatlah filem yang sesuai dengan umur, ni tak 100% cintun. Ummi rasa tak ramai dah yang suka genre macam tu zaman serba canggih ni. Maksud ummi be realistic sikitlah. Eeehhhh, sedap ummi ngomen.

Back to our story, Talvar ni pasal kisah kematian sorang budak 13 tahun ke 14 tahun eh tak silap ummi dalam range tu la. Dia ni dibunuh. Pembunuhnya tak tahu sapa sampailah mak dan ayah budak tu disabitkan kesalahan. Kena penjara.

Dalam real life, tahun 2015 mak ayah dia dah bebas dari tuduhan sebab takde bukti. Kes ni berlaku 2008. Bayanglah bape tahun duduk dalam penjara.  Ummi ni macam bekap mak ayah dia kan. Ummi terpaksa sebab bagi ummi tak ada mak ayah yang sanggup kelar leher anak dia sendiri. Sedihla ummi, dalam movie bukti semua ada. Tapi sebab polis kerja sambil lewa, habis semua bukti hilang dan langsung tak boleh pakai! Polis india, biasalah...
Ummi tak boleh nak buat conclusion sendiri sebab CDI pun tak dapat nak tentukan, apa lagi ummi ni yang hanya surirumah tangga goyang kaki je kan. CDI ni macam CSI kot. Bahagian penyiasatan rasanya. Kalau kat Malaysia tak tahu pulak panggil apa.

Masa buat narco test sebenar (ada kat youtube), si culprit tu (ummi rasa) ada mention dia bunuh dengan khukri. Khukri ni macam sabit. Sebab bawah pengaruh dadah, jadi bukti macam ni tak boleh terima pakai. Ada orang bagi pendapat yang narco test nk boleh dimanipulasi, maksudnya boleh tipu dengan cara tidur kejap lepas kena tanya. Pastu sedar baru jawab soalan. Sepatutnya lepas kena soal akan terus bagi jawapan sebenar tanpa sempat fikir pun tapi kalau dia tidur kejap pastu sedar balik jawapan tu tak sure betul atau salah. Narco test tak sah dari segi undang-undang rasanya. Senang cite, yang culprit ni(ummi rasa) bukan orang biasa, dia cerdik juga.

1 lagi bukti yang ummi rasa memang dialah orang yang bunuh tu sebabnya CDI sendiri jumpa baju ada darah dan khukri tu sendiri kat rumah dia. Dalam movie nama dia khannaya, in real  Krishna. Dan ada jugak saksi nampak dia balik dengan keadaan baju berdarah. Lagi 1 bukti yang kuat line telefon orang yang dibunuh tu last kat lokasi rumah dia. Haa, dalam citer ni bukan budak tu je yang kena bunuh tapi orang gaji dia sekali kena. Rumit.

Dalam movie jadi sakit hati sebab partner si Irrfan ni boleh pulaklah khianat dia. Tukar maklumat bagai supaya kes ni selesai dengan mak ayah budak tu yang bunuh. Oh, sakitnya hatikuuuu. 😫😫😫 Angin je ummi, meradang tengok. Dahla nak dekat 2 jam ummi duk berdebar, boleh pulaklah kena khianat.
Ummi nak cerita lebih-lebih ummi tak pandailah, cerita ni pun dah lama 2015 lagi. Malu plak ummi nak review macam cerita baru tadi je launching kat wayang. Buat orang gelak je kang. Kalau orang lain siap ambil tahu siapa pengarah, siapa baris pelakon semua tu sorry to say la ye, ummi memang tak kuasa nak ambil tahu. Ummi hanya tonton je, family time 😜 Kalau nak menyampah dengan ummi, silakan. Haha

Ada rancangan tb yang buat dokumentari pasal parents budak tu kat chanel apa tak ingat. Kira kena temuramah lah. Dekat youtube takde subtitles so tak paham. Ummi belum berkesempatan lagi nak tengok. Aduhai, tengok movie ni kat tb tu je pun dah terbawak-bawak, ni nak tengok diorang story secara in person tu. Ada silap hari bulan ummi pulaklah jadi CDI.

Dalam movie ni walaupun semua nama dah ditukar, tapi diorang tukar dekat-dekat je bunyinya. Contoh dalam real life CDI, tapi movie tukar jadi CBI. Kan tak jauh beza tu. Mungkin nak jaga sensitivity watak sebenar. Movie of courselah ada tokok tambah, so tak patut guna nama sebenar untuk sedapkan cerita.

Kesimpulannya, awok tengok sendiri ok. Bateri dah takde dan hari dah malam sangat ni. Babai

kiss the cook by makteh

Sup Tulang Periuk Nasi

Assalamualaikum w.b.t

Segarnya rasa bila dapat menikmati tidur yang lena. Pukul 3.30 pagi lagi ummi dah tersedar sebab sakit perut asalnya, lama-lama cam malas plak nak baring semula πŸ˜…. Ni dah pukul 5 tunggu jap-jap lagilah ummi kejut abi. Ummi baru lepas solat isyak, lewat melampau. Tidur mati.

Memang nikmat sangat-sangat. Abi tak pergi kerja lagi ummi dah ajak Mujahid masuk bilik. Ntah pukul berapa abi sampai ummi tak sedar langsung. Nasib abi bawak kunci rumah πŸ˜‚ Raba-raba dah ada kat sebelah, raba lagi Mujahid pun ada. Patutlah lena, lupa si kenit ni tidur dengan ummi. Kalau tidur bilik dia, mesti dah datang kejut.
See, pakai piuk nasi je tau
SUP TULANG PERIUK NASI
  • Tulang lembu (ikut awaklah nak banyak mana)
  • Daging lembu (potong dadu)
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga cengkih
  • 1/2 batang carrot (hiris)
  • 1 biji bawang besar (belah 2)
  • 2 kiub pati ayam 
  • 2 asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam secukp rasa
  • Daun sup
CARA-CARA
  1. Satukan semua bahan KECUALI carrot dan garam.
  2. Isi air sampai penuh.
  3. Lap sekeliling periuk dengan kain kalau periuk tu basah.
  4. Masukkan dalam cooker. Jangan lupa tutup periuk tu dengan tudungnya.
  5. Tekan suis, dan tekan cook. Ok, dah boleh buat kerja lain.
  6. Sekali sekala cek kuantiti air tu. Selagi tak empuk, kalau air tinggal sikit, kena tambah air dan masak lagi.
  7. Bila daging dah empuk, masukkan pulak carrot.
  8. Perasakanlah dengan garam sesedapnya. Siap untuk dihidang.
  9. Masa hidang nanti tabur bunga sup.
Ummi takde pressure cooker baik yang murah ataupun yang mahal kalah emas 916 macam noxxa yang tengah glemer tu. Hihi. Idea nak pakai periuk nasi ni datang sebab ummi rasa rugi dan membazir pulak kalau pakai gas. Tahu jelah kan, kalau nak bagi empuk tu bape jam pulak. Pakai periuk nasi senang, bil tu boleh bayar nanti. Tapi kalau gas habis masa tengah masak tak ke haru. Ummi dahlah kena buat kuih setiap hari πŸ˜‚ Nak tunggu abang gas hantar, berpeluh jugak menunggu.

Sebab piuk nasi dah buat sup, jadi ummi tak masak nasi. Hahaha. Kirim dengan abi je minta belikan mee atau bihun konon teringinlah. Padahal malas nak tanak pakai dapur. 😜 Bila abi sampai rumah lenggang kangkung je abi masuk rumah. Sah lupa!
Nasib ummi ade stok mee suah. 
Plan B
Mee suah ni 1 je ummi tak kenan. Kali ni ummi buat kuat betul masin. Dulu takdelah pulak rasa masin macam ni. Mula tu ummi ingat sup tulang ummi yang masin, rasa-rasa sup eh okay je. Ummi saje je beli. Teringat zaman duduk umah sewa dengan housemate kat seremban dulu. Dialah perkenalkan mee suah ni. Ingatkan mendelah sebab dia duk nyebut sedap hari-hari, sekali tu test bagi dia buat. Bolehlaaa.

Tekstur dia ummi dah tahu agak pekat so ummi rebus asing. Mujur ummi tak campak terus dalam sup. Dahla tengah lapar, boleh hilang selera dengan kepekatan tu. Mee suah ni macam bihun juga cuma bezanya dia daripada tepung gandum. Tu yang pekat tu. Ada orang suka, ada yang tak suka. Ummi suka je cuma takdelah sampai addict. Sekali sekala tukar selera.
Rebus asing tau, kalau rajin lepas rebus bilas dengan air. Jangan rendam lama sangat
Abi cakap sedap, sup tulang sedap mee suah pun sedap. Abi memang cakap sedap takutlah tu ummi cetung.πŸ˜‚ Sup tulang tu memang sedaplah, daging kemain empuk lagi masuk dalam mulut lembutnyaaaaaaaaaa. Haha, rasa nak buat lagi.

Kalau pakai periuk nasi ni, lepas empuk daging tu matikanlah suis. Dia bukan macam kita masak nasi, lepas masak terus turun button tu sendiri. Tak ye, selagi kita tak matikan suis selagi tulah periuk tu sentiasa cook. Kelebihan dia kat sini, jimat gas. Hahaha.
Nak hidang kat abi kena present cantik-cantik baru abi berselera
Dari pagi sampai ke malam nak siapkan 1 entry. Ummi blogging masa Mujahid tengah tidur je, waktu lain takde peluang nak buat. Budak tengah nak main ni kan, taklehlah tengok ummi berehat goyang-goyang kaki.

kiss the cook by makteh

Monday, February 11, 2019

Tak Ingat

Assalamualaikum w.b.t

Ummi rasa tertarik dengan quotes yang ummi jumpa dalam google. Ni dia...
Haha, ummi screenshots je malas nak donlod. Peliklahlah kan, sejak sekolah ting 3 lagi ummi dah alami situasi macam ni. Ade juga pernah dengar terms "Insomnia" but not sure plak kalau ummi tergolong dalam ni.

Boleh bilang dengan jari bape kali jer ummi dapat deep sleep. Sebab apa eh? Geram sangat kalau nak lelap tu kemain susah lagi. Ada je benda nak fikir sampai lenguh mata ni kena paksa pejam. Sakit hati.

Ummi rasa ummi macam dah tak sihat, cepat penat, makan banyak, sleepy yang tak tertahan-tahan bila tak cukup tidur ni. Boleh buat ummi kena migrain. Sekarang ni pun tengah pening kepala. πŸ˜₯

Sampaikan ummi lupa dan tak ingat langsung yang ummi tengah panaskan minyak kat dapur. Nak goreng nuggets. 😭 3 tahun lepas ummi nyaris nak bakar rumah (insiden sama juga). Mujur langsir je yang terbakar. Berderau darah tengok api dah menjulang. Tak naklah cerita, ummi segan dengan kecuaian ummi ni.

Ummi cium dah bau macam asap tapi still ignore je. Dah selalu sangat bau asap tak sangka plak asap dalam rumah sendiri. Nasib tak jadi pape, kelam kabut nak matikan api dapur. Habis rumah ni berasap, mata pun kelabu je jadi.
Nak goreng 7 ketul je pun
Alhamdulillah, ummi selamat. Tak hilang debar lagi ni. Selera pun dah takde 😭😭😭

kiss the cook by makteh
kiss la sangatttttπŸ˜₯ 

Kari Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Mujahid datang kejut ummi lagi, terus rasa segar mata ni. Alang-alang dah terjaga ni ummi nak share resipi kari ayam yang memang senang dan dijamin sedap. Hurmm, hapak pulak bantal busuk Mujahid nih.

Dulu ummi memang tak pandai langsung buat kari. Wan pun tak pernah buat kari. Seingat ummi la, memang tak pernah. Kalau masak asam pedas ke, lemak cili api ke pernahlah. Lagi-lagi masak kicap paling kerap jumpa😘. Rindulah pulak nak makan lauk wan masak.

Masa duduk rumah sewa dulu sekali sekala ummi cuba masak kari. Macam biasalah kompom tak kena kat tekak. Resipi kat google, tanya orang sana sini tapi tak pernah-pernah nak jadi. Jadi tu jadi cuma tak mencapai standard kari tu sendiri. Sampai satu tahap ummi anggap orang yang pandai masak kari ni macam king of kitchen dah. Ini serious tau, bukan main-main.
Kari Ayam
Rasa nak makan roti jala
KARI AYAM 
Taknak letak santan pun boleh ya
  • 1 biji bawang besar (saiz sedang)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sb serbuk kari (ummi guna babas)
  • 5 ketul ayam 
  • 1 biji kentang (belah 4)
  • 1 asam keping
  • 3 sb gula
  • 1 sk garam
  • 4 sb santan (ummi guna kara)
  • 2 1/2 cawan air
CARA-CARA
  1. Tumbuk lumat bawang besar dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti minyak ni agak-agaklah asal cukup untuk menumis.
  3. Tumis bahan tumbuk sehingga keperangan.
  4. Masukkan serbuk kari dan 1/2 cawan air. Tumis sampai naik bau dan air kering sikit.
  5. Masukkan ayam dan kentang. Gaul sebati sampai ayam kecut.
  6. Masukkan 2 cawan air, asam keping dan santan. Kacau perlahan.
  7. Biarkan reneh dan mendidih. Sekali sekala kacau supaya ayam dan kentang empuk.
  8. Bila kuah nampak pekat perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Matikan api dan siap dihidang.
Biar je menggelegak macam ni, kacau sekali sekala
Ummi jadi mahir buat kari ni selepas diselia dengan baik oleh mak mertua ummi. Panggil mak awa jelah ye, lebih mesra 😘. Mak awa bagi arahan je tapi semua ummi buat. Kat situlah ummi belajar caranya dengan betul. Lepas dah pandai tu, baru ummi ejas sikit-sikit supaya kena kat tekak ummi ni. Yang penting tiap kali ummi masak, abi mesti cakap bau sedap. Sapa tak suka kan bila kena puji, nak plak bab masakan.
Ummi guna jenis ni tak pedas. Mujahid boleh makan
Serbuk kari ni pun main peranan juga sebenarnya. Sebab ade sesetengah serbuk kari, warna dia macam kurang menarik buat ummi.  Ummi suka tekstur yang pekat sikit, kalau nak cicah apa-apa kuah dia melekat. Rasa dan aroma pun berbeza tau. Nampak macam sama je but honestly it's exactly different.
Antara rangkaian produk babas yang tak pernah mengecewakan 
Ummi kalau baca resipi je susah sikitlah nak paham. Kena praktikal sekali baru dapat. Kalau tengok orang buat je pun takpe dah, cepat je tangkap. Sekarang dah pandai, ummi rasa tak salah kalau ummi share resipi ni supaya ada manfaatnya kat orang lain. 

Kalau duduk rumah sewa sendiri macam ummi bujang dulu, boleh guna pakai resipi ni sebab bahannya tak banyak. Ummi guna 5 ketul ayam je. Ada paha, kepak tu kerat 2, bahagian tight  pastu kaki ayam 2 ketul(ummi kira 1 bahagian), cukuplah kan untuk abi dan ummi. Kalau awak sorang je ada, boleh anjak pegi dinner lauk ni. Kuah tu kalau ada lebih buatlah cicah roti, asal kenyang.Dulu ummi menyewa sorang masak sekali sehari je. 
Yang ni pun sedap tapi susah nak jumpa. Kalau kat kelantan belana
Kalau taknak guna santan pun boleh tau. Ummi letak sikitlah saja nak perabis stok santan belen buat kuih semalam.πŸ˜…Jangan bimbang. Kari ni bukan macam masak lemak cili api yang kena kacau sentiasa, memang cukup senang. Sambil reneh tu boleh buat kerja lain basuh pinggan ke apa kan. Sambil-sambil orang kata.
Patutlah murah beli 5 percuma 1
Dah nak 2.30 pagi rupanya. πŸ€”


kiss the cook by makteh